Emmanuel sumbang gangsa untuk pingat pertama Sabah di SUKMA Sarawak XXI.
Oleh Vitalis G Bingkasan
KUCHING: Pemain boling sepuluh pin (tenpin boling) Emmanuel Fo penyumbang pertama pingat Sabah pada SUKMA Sarawak XXI selepas menang gangsa dalam acara perseorangan lelaki semalam.
Pertandingan yang berlangsung di Megalane Emart, Batu Kawa di sini itu menyaksikan Emannuel memberi saingan sengit sebelum akur 1342 mata yang diumpulnya hanya memberikan pingat gagsa.
Pingat emas dimenangi Wan Muhhamad Zarif Ikram (Terengganu) dengan 1375 mata manakala pingat perak diraih Shaqeem Teh (Wilayah Persekutuan) dengan 1361 mata.
“Saya sangat gembira dan bersyukur atas kemenangan ini. Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan, persatuan dan kerajaan negeri. Kalau bukan sokongan mereka, saya tidak berdiri di sini menang gangsa,” kata Emmanuel.
Kemenangan itu diharap dapat menyemarakkan semangat kepada rakan sepasukan termasuk dari sukan lain untuk terus memburu pingat.
Kantung Sabah bakal diisi dengan beberapa pingat lagi hari ini terutama dari sukan wushu di mana tiga atlet akan bertarung di final acara sanda petang ini.