Home Berita Sukan Hajiji melawat atlet berbasikal Akmal Thaqif Begurdi yang cedera

Hajiji melawat atlet berbasikal Akmal Thaqif Begurdi yang cedera

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING : – Ketua Menteri  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meluangkan masa, pada petang Sabtu,  melawat salah seorang atlet berbasikal, Akmal Thaqif Begurdi, 17  yang cedera.

Akmal cedera akibat kemalangan semasa perlumbaan lepas beramai-ramai berbasikal lelaki SUKMA Sarawak XXI di Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satem, khamis lalu.

Kecederaan itu menyebabkan Akmal tidak dapat menyertai satu lagi acara yang sepatutnya beliau ambil bahagian iaitu perlumbaan berbasikal MTB.

Hajiji memberi kata-kata semangat kepada Akmal agar tidak berputus asa untuk terus memajukan diri dalam sukan berbasikal.

“Akmal masih muda dan masih boleh sertai dua SUKMA akan datang lagi,” katanya.

Ketua Menteri turut menghulurkan bantuan sebelum bersama  rombongannya  bergegas ke Stadium Sarawak untuk menghadiri upacara perasmian SUKMA.

Exit mobile version