Home Berita Sukan Emas karate dari Lovelly

Emas karate dari Lovelly



Lovely…Pemenang pingat emas pertama  karate.

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Lovelly Anne Robberth sahkan statusnya selaku jaguh kebangsaan dengan merangkul emas acara kata karate SUKMA Sarawak XXI.

Pertandingan karate yang bermula pada Sabtu di Dewan IKBN, Miri tersebut turut menyaksikan skuad karate menang satu perak dan tiga gangsa.

Bertarung dengan status pemenang pingat perak Sukan Asia Hangzhou, Lovelly merangkul emas dengan aksi di kelas tersendiri hingga di final petang tadi.

Lovely tidak mengecewakan apabila mencatat 39.2 mata di final untuk menewaskan peserta pasukan jemputan, negara Brunei, Farhah Syahirah Mohamad Shamrin yang mengutip 38.6 mata.

Sabah berpeluang menambah emas selepas tetapi Adeola Fay Robert yang turut beraksi di final dalam acara kumite  55kg wanita terpaksa hanya berpuas hati dengan pingat Perak apabila tumpas kepada peserta Selangor, G Srikah.

Pingat gangsa pula dimenangi  Mohammad Haznil Henry  dalam kata individu lelaki, (kumite 67kg lelaki) dan Muhd Syafiqrullah Halim (kumite 60kg lelaki).

Di Stadium Perpaduan Petra Jaya, skuad taekwondo meraih tiga gangsa dalam acara poomsae bagi menebus kegagalan meraih sebarang pingat pada hari pertama acara itu pada Jumaat.

Pingat ganda mereka dimenangi Ned Augusti Nelson, Izza Qistina Mat Saidi dan pasukan campuran yang dianggotai  Dyana Farwizah Mohd Zaini, Fitri Natasha Sabanah dan Harry Lee Clare.

Setakat ini,  Sabah keseluruhannya telah mengumpul lima pingat emas, dua perak dan lapan gangsa.



Exit mobile version