Peto Galim dan OKK Edna Majimbun bersama pemimpin setempat di mesyuarat pada Khamis.
INANAM : – Usaha sedang dijalankan untuk mengembalikan. pentadbiran Air Terjun Kionsom kepada empat buah Kampung – Kobuni, Poring Poring, Bambangan Baru dan Kionsom.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam Peto Galim telah mempengerusikan mesyuarat pada Khamis untuk membincangkan perkara itu.
“Perbincangan telah dibuat untuk mengembalikan pentadbiran Air Terjun Kionsom kepada 4 buah kampung Pentadbir Asal iaitu Kg. Kobuni, Kg. Poring-Poring, Kg. Bambangan Baru dan Kg. Kionsom.”
“Empat kampung itu diwakili oleh Ketua Kampung masing-masing sebagai PEMEGANG AMANAH,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu.
Peto Galim berkata beliau sangat bersyukur perbincangan berlangsung dengan penuh harmoni dan terbuka serta mencapai konsensus keputusan “BERSETUJU”.
Katanya,” Ketua Daerah OKK Edna Majimbun, KAN Roger dan saya sependapat agar aspek keselamatan akan dititikberatkan oleh organisasi yang dibentuk oleh Gabungkan 4 buah Kampung ini.”
“Saya akan membantu Pentadbiran Air Terjun ini untuk menaiktaraf Dan memajukan kawasan ini agar menjadi ANTARA distinasi pelancongan yang terbaik di Inanam,” tambahnya.
“Saya sudah menyatakan komitmen saya untuk membuat agihan Dana Peruntukan ADUN untuk tujuan menaiktaraf Kawasan Air Terjun Kionsom sesuai Cadangan yang akan diperhalusi bersama dengan Keempat Pemegang Amanah Pentadbiran Air Terjun Kionsom,” kata Peto Galim.