Home Berita Sukan Bola sepak wanita Sabah menang pingat perak

Bola sepak wanita Sabah menang pingat perak

Skuad bola sepak wanita Sabah raih pingat perak apabila tewas 1-3 ditangan Selangor pada final di Stadium Negeri, Kuching petang tadi

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Pasukan bola sepak wanita Sabah tewas 1-3 ditangan Selangor untuk hanya berpuas hati raih pingat perak SUKMA Sarawak XXI.

Final yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching petang tadi menyaksikan Sabah lebih awal 1-0 berada di hadapan hasil jaringan Azzlyeanieh Kinuli yang menanduk masuk sepakan sudut Waitie Taming seawal minit ke-11.

Selangor bagaimanapun bangkit dengan permain lebih kemas dan berjaya menyamakan kedudukan apabila penyerangnya berjaya lepasi perangkap offside untuk membuat penyudah mudah menewaskan penjaga gol  Sabah, Michelyne Reson pada minit ke-18.

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama untuk kedua-dua pasukan meneruskan babak kedua pada kedudukan seimbang.

Bagaimanapun, hanya empat minit aksi babak kedua, kesilapan penjaga gol Sabah terlepas bola hantaran lintang lawan memberi kesempatan mudah kepada penyerang Selaonmgor membuat penyudah untuk mendahului 2-1.

Lima minit selepas itu, gawang Sabah bolos lagi dari percubaan kencang penyerang lawan untuk letakkan Selangor selesa 3-1 di hadapan.

Sabah  cuba bangkit tetapi beberapa peluang yang  mencemaskan gawang Selangor gagal diterjemahkan kepada jaringan untuk Selangor keluar selaku juara.

Kertua jurulatih, Petronella Douny berkata, pemainnya telah mencuba yang terbaik tetapi kalah kepada pasukan yang jelas ada kelebihan   pemain yang mempunyai lebih banyak pengalaman dan minit permainan.

“Saya fikir kami telah memberi tentangan sengit juga tetapi seperti yang saya katakan awal kepada pemain  bahawa dalam perlawanan ini pasukan yang lebih banyak melakukan kesilapan akan lebih berisiko untuk kalah dan ianya kami lakukan lebih banyak kesilapan.

“Apapun, saya ucapkan tahniah kepada Selangor. Kepada pemain saya…jangan berputus asa kerana ramai mereka masih boleh beraksi pada SUKMA akan datang. Jadi, teruskan berusaha dan berlatih,” katanya.

Menurutnya,  Selangor jelas ada kelebihan kerana selain memiliki ramain pemain berpengalaman termasuk bekas  pemain kebangsaan bawah 17 tahun, mereka juga mendapat pendedahan lebih baik terutama dalam penyertaan liga di Semenanjung.

“Kami pula hanya bergantung kepada latihan. Oleh itu saya fikir, pingat perak ini pun satu pencapaian walaupun kami sebenarnya memburu pingat emas,” katanya.

.

Exit mobile version