Home Berita Sukan Skuad takraw wanita raih emas keempat untuk sapu bersih semua acara

Skuad takraw wanita raih emas keempat untuk sapu bersih semua acara

Skuad sepak takraw Sabah menamatkan cabaan dengan sumbangan lima pingat emas.

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Skuad sepak takraw wanita Sabah merangkul pingat emas keempatnya menerusi pertandingan antara regu pada hari terakhir acara sepak takraw SUKMA Sarawak XXI di Bintulu hari ini.

Kemenangan itu melengkapkan dominasi skuad sepak takraw wanita Sabah menyapu bersih semua acara yang dipertandingkan.

Sebelum ini, mereka juga merangkul pingat emas acara berpasukan, berdua dan berempat.

Hari ini, regu yang dibarisi Azeira Lusian, Siti Hadifitri Navilla Jumidil dan Siti Norliafitri Musmuliadi serta Nur Syafikah Andi dan Ernawati Budin sebagai pemain gantian menamtkan misi dengan kemenangan 15-8, 15-6 ke atas regu Selangor.

Keseluruhannya, skuad sepak takraw Sabah menang lima termasuk satu dari pasukan berdua lelaki yang juga merupakan sejarah pertama kemenangan Sabah dalam acara itu.

Pencapaian itu menjadikan acara sepak takraw sebagai antara lubuk emas Sabah di SUKMA Sarawak XXI di mana ia juga lebih baik berbanding pencapaian hanya dua emas pada SUKMA 2022.

Exit mobile version