Pemenang pingat pencak silat hari ini yang mengembalikan semula sukan itu sebagai antara lubuk emas Sabah
Oleh Vitalis G Bingkasan
KUCHING: Sabah mencatat pencapaian terbaik apabila menang sembilan pingat emas di samping 12 perak dan lima gangsa pada hari kedua terakhir SUKMA Sarawak XXI hari ini (23 Ogos).
Skuad pencak silat menjadi penyumbang utama dengan empat pingat emas dan pasukan pelayaran dengan tiga emas.
Skuad sepak takraw dan boling padang masing-masing menyumbangkan satu pingat emas.
Keseluruhannya setakat hari ini, Sabah telah mengumpul 28 pingat emas, 31 perak dan 50 gangsa.
Bagaimanapun, keputusan acara tinju malam ini di mana dua peninju Sabah bertarung di final belum diperolehi.
SUKMA Sarawak XXI akan melabuhkan tirai pertandingan hari ini dengan 41 pingat emas menerusi sukan pelayaran (11 emas), E-sports (tujuh), catur (enam), gimnastik artistik (lima), badminton (lima), hoki (dua), petanque (dua) ping pong (satu) dan bola sepak lelaki (satu).
Sabah masih berpeluang menambah kutipan pingat terutama menerusi sukan pelayaran dan E-sports. Walaupun mungkin sukar untuk mengotakan sasaran 40 pingat emas, sekurang-sekurang-kurangnya dapat memperbaiki pencapaian 30 pingat emas pada SUKMA 2022.
.