Home Berita KM serah 444 geran tanah kepada penduduk Kudat

KM serah 444 geran tanah kepada penduduk Kudat

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan Geran Tanah Anak Negeri kepada salah seorang penerima sempena Majlis Pelancaran Program Bakti Madani Kudat 2024 di Dataran Tomborungus, Kudat pada Sabtu.

KUDAT: Kerajaan negeri menyerahkan sejumlah 444 geran tanah anak negeri kepada penduduk dari tiga kawasan  Dewan  Undangan  Negeri (DUN) dalam daerah  Kudat melibatkan jumlah keluasan 1,130.09 hektar.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan geran-geran itu sempena Pelancaran Program Bakti Madani Kudat 2024 di Dataran Tomborungus di Kudat, pada Sabtu.

“Dengan  penyerahan geran tanah  ini,  kerajaan  berharap dapat  meningkatkan taraf hidup rakyat dan memberikan mereka peluang untuk membangunkan tanah tersebut demi masa depan yang lebih cerah.

“Penyerahan geran tanah anak negeri pada hari ini berikutan beberapa siri penyerahan geran tanah yang telah dilaksanakan di beberapa  kawasan antaranya di Pitas dan di Pintasan, Kota Belud.
“Ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri dalam memastikan hak dan kepentingan rakyat sentiasa diberi keutamaan. Tanggungjawab ini diambil dengan penuh dedikasi untuk memastikan kesejahteraan dan kestabilan sosio ekonomi rakyat,” katanya.

Pemberian geran itu melibatkan sebanyak 353 untuk  DUN Matunggung;  DUN Tanjong Kapor (55 geran) dan; DUN Banggi (36 geran).

Pada majlis itu, Ketua Menteri turut menekankan pentingnya membawa pembangunan di daerah berkenaan termasuk bercadang mewujudkan satu taman perindustrian yang baharu  di Kudat.
Beliau berkata, pengwujudan taman perindustrian di Kudat  sesuai  kerana daerah ini mempunyai  pelbagai  kemudahan  yang  sedia  ada  termasuk  laut  yang  dalam  dan pelabuhan selain lokasi yang strategik kerana dekat dengan beberapa negara seperti China, Korea dan Jepun.

“Justeru,  amat  penting  untuk  kita  membawa  pembangunan  di  daerah  ini  dengan pembinaan taman perindustrian, yang sudah pasti memberi manfaat kepada penduduk dan daerah ini.

“Seluas kira-kira 5,000 ekar kawasan diperlukan dan sudah mengenalpasti kawasan terbabit. Oleh itu, kita memerlukan kerjasama daripada wakil rakyat, Ahli Parlimen dan rakyat yang mungkin terlibat tanahnya.

“ Konsep kita bukan ambil tanah tetapi kita libatkan rakyat yang ada tanah di kawasan yang dikenalpasti. Bagaimanapun, kita akan berbincang lebih lanjut dengan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri serta Ahli Parlimen di daerah ini,” katanya sambil menambah cadangan ini juga perlu diteliti secara terperinci terlebih dahulu.
Mengenai majlis itu, beliau berkata Program Bakti Madani Kudat 2024 adalah satu pendekatan yang sangat relevan bagi meluaskan lagi kefahaman konsep  Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya kepada masyarakat hingga ke peringkat akar umbi.
“Semua usaha kerajaan ini terutama menerusi agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya kini berada dilandasanyang betul, yang pastinyatelah dan akan mampu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Program hari ini adalah satu program yang amat baik untuk menyantuni rakyat dengan pelbagai perkhidmatanbaik daripadaagensikerajaan negeri dan Persekutuan, syarikat- syarikat GLC), swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) telah disediakan menerusi reruai pameran masing-masing.

“Justeru, saya berharap program inidiperluaskan ke daerah lain agar lebih ramai rakyat di  peringkat  akar  umbi  menerima  manfaat  daripada  program  ini.  Kita  akan  terus berusaha   untuk   membina   ekonomi   yang   mampan   dan   inklusif,   termasuklah mempromosikan pelaburan dalam sektor-sektor utama seperti pelancongan, pertanian, dan perindustrian  serta ekonomi baharu di negeri ini iaitu Ekonomi Biru,” katanya.

Exit mobile version