Home Berita Program perintis bacaan meter lektrik sendiri di Kiulu bermula.

Program perintis bacaan meter lektrik sendiri di Kiulu bermula.

Madius dan Joniston pada pelancaran SMR di Kiulu pada Selasa.

KOTA KINABALU :- Lembaga Lektrik Sabah Sdn Bhd (SESB) telah mengadakan program perintis Self Meter Reading (SMR) di kawasan Kiulu pada Selasa.

Pelancaran dilakukan oleh Pengerusi SESB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kiulu Datuk Joniston Bangkuai.

Program SMR ini adalah hasil kerjasama erat antara SESB, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kiulu, dan Pusat Khidmat Parlimen P170 Tuaran.

“Dengan adanya kemudahan SMR, pengguna boleh membaca meter elektrik mereka sendiri dan menyerahkan bacaan tersebut kepada SESB melalui Aplikasi WhatsApp, ” jelas Madius .

Katanya, ini diadakan bagi memudahkan lagi proses bacaan bil elektrik yang bukan sahaja lebih tepat, tetapi juga lebih efisien dan mesra pengguna.

“Seringkali apabila kita ceritakan tentang elektrik ia sentiasa dikaitkan dengan kekerapan gangguan bekalan ataupun blackout.”

“Namun saya dapati kita jarang berbincang mengenai masalah pembayaran dan bacaan bil,” kata Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Umum mengetahui bahawa pembacaan bil elektrik mungkin tidak tepat jika dilakukan secara anggaran terutamanya apabila meter tidak dapat diakses oleh pembaca bil.

“Kita tidak mahu keadaan ini berterusan kerana ia boleh menyebabkan pengguna tidak membayar bil dengan betul, dan ini telah dikenalpasti sebagai salah satu sebab ramai yang berhutang kepada SESB, ” katanya.

Hutang ini memberi impak besar bukan sahaja kepada SESB, tetapi juga kepada pengguna keseluruhannya, kerana kutipan bil yang rendah menghalang usaha SESB untuk menaiktarafkan infrastruktur elektrik yang amat diperlukan.

“Pada akhirnya, ini boleh mengurangkan kadar gangguan bekalan elektrik atau blackout yang sering kita alami,” katanya.

Madius ajak rakyat untuk berganding bahu, mengamalkan budaya yang lebih bertanggungjawab dalam penggunaan tenaga elektrik dan memastikan “bahawa setiap tindakan kita hari ini akan membawa kebaikan yang berterusan kepada generasi akan datang._

‘Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada sahabat saya Datuk Joniston Bangkuai yang sudi meluangkan masa dalam program pagi tadi, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat(UPPM) Kiulu, Pusat Khidmat Parlimen P. 170 Tuaran dan semua warga kampung yang datang hari ini, kata Madius

NO COMMENTS

Exit mobile version