Hajiji bersama Ketua Setiausaha (KSU) baharu Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman.
Hajiji menerima cenderamata daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato (Dr) Johari Abdul.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha (KSU) baharu Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman d i kediaman rasmi Ketua Menteri- Sri Gaya pada Selasa.
Awang Alik merupakan anak jati Sabah kedua yang dilantik ke jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhid matan Awam.
Sebelum itu beliau adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri.
Awang Alik menggantikan Datuk Ruji Ubi juga anak jati Sabah yang bertukar jawatan ke KSU Kementerian Pendidikan (KPM).
Sementara itu, Hajij i turut menerima kunjungan hormat daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato (Dr) Johari Abdul.