Home Berita Perubahan monsun, komuniti diingatkan tingkatkan aspek keselamatan di laut

Perubahan monsun, komuniti diingatkan tingkatkan aspek keselamatan di laut

Kepten Maritim Shahrizan

TAWAU : –  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)
Zon Maritim Tawau mengingatkan komuniti maritim setempat supaya meningkatkan aspek keselamatan di laut.

Mereka juga harus berwaspada terhadap sebarang perubahan cuaca   yang tidak menentu pada waktu ini khususnya di sekitar perairan Tawau.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, ini berikutan METMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin
kencang bermula 24 September ini di be berapa kawasan d i Semenanjung Malaysia termasuk sekitar kawasan pedalaman dan Pantai Barat Sabah yang menyebabkan  keadaan angin kuat dan laut bergelora.

Ujar beliau lagi, cuaca ini dijangka akan berlanjutan sehingga awal November mengikut ramalan yang diperolehi daripada laman sesawang METMalaysia.

Beliau turut menjelaskan cuaca sebegini boleh mendatangkan bahaya kepada    aktiviti komuniti maritim seperti perahu-perahu kecil, pengusaha bot penumpang serta pengusaha sektor perikanan dalam negeri.

Justeru katanya, aspek keselamatan d i laut perlu di berikan perhatian sewajarnya bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

Komuniti maritim boleh terus berhubung dengan Pusat Operasi (PUSOP) Maritim   Zon Maritim Tawau d i talian 089-750116 atau menghubungi talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam bagi melaporkan sebarang insiden dan kecemasan d i laut.

Aset-aset ronda Maritim Malaysia akan sentiasa bersiap sedia diatur gerak pada bila-bila masa untuk memberikan bantuan bagi sebarang situasi atau kejadian    insiden di laut.



Exit mobile version