Home Berita LIGS sumbang RM2 juta kepada Kerajaan Negeri

LIGS sumbang RM2 juta kepada Kerajaan Negeri

Hajiji menerima sumbangan RM2 juta daripada Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)  Sabdil Tanjong dan Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu serta ahli-ahli lembaga pengarahnya di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Selasa.

KOTA   KINABALU:   Lembaga    Industri   Getah   Sabah   (LIGS)   agensi   di bawah Kementerian   Pertanian,   Perikanan   dan   Industri   Makanan   Sabah   menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kerajaan Negeri.

Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  oleh  Pengurus  Besar  LIGS,  Encik  Sabdil  Tanjong  bersama  Pengerusi  LIGS, Datuk  Edward  Linggu  serta  ahli-ahli  lembaga  pengarahnya  semasa  mengadakan kunjungan hormat di Menara Kinabalu pada Selasa.

Menurut Sabdil, jumlah sumbangan itu meningkat sebanyak 33% berbanding tahun lalu sebanyak RM1.5 juta.

Katanya, sumbangan ini adalah berdasarkan prestasi kewangan LIGS  yang baik pada tahun  2023  dan   manifestasi  semangat   LIGS   untuk   berkongsi   hala  tuju   untuk membangunkan negeri Sabah.

Hajiji menerima cenderamata daripada Konsul Republik Indonesia di Tawau, Bapak Aris Heru Utomo  semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Selasa.

Sementara  itu,  Hajiji  turut  menerima  kunjungan  hormat  daripada  Konsul  Republik Indonesia di Tawau, Bapak Aris Heru Utomo di peja batnya, hari ini.

Aris  yang  sebelum  ini  bertugas  sebagai  salah  seorang  Direktor  Badan  Pemb inaan Ideologi Pancasila Republik Indonesia (The Pancasila Ideology Development Agency) menggantikan Ibu Heni Hamid

Exit mobile version