Home Berita PERKESO Sandakan membekalkan alat pemulihan kepada dua pencarum

PERKESO Sandakan membekalkan alat pemulihan kepada dua pencarum

Kapitan James (dua kiri) bersama pegawai PERKESO Sandakan dan ahli keluarga salah seorang pencarum semasa lawatan pada hari Selasa.

SANDAKAN : – Dua pencarum PERKESO menerima alat pemulihan serta Kotak Prihatin daripada PERKESO Sandakan pada hari Selasa.

Kedua pencarum ditimpa nasib malang dan kini terlantar di katil (bed ridden) di rumah masing-masing di Taman Indah Jaya.

Ketua Masyarakat Cina Kapitan James Leong dijemput hadir bersama pegawai PERKESO Sandakan dalam lawatan untuk menyaksikan penyerahan berkenaan kepada dua pencarum itu.

Seorang pencarum lelaki berumur 25 tahun terlibat dalam satu kejadian yang menyebabkan beliau sekarang mengalami masalah mobiliti (lumpuh).

Beliau dibekalkan kerusi roda, suction machine dan ripple mattress.

Sementara itu, seorang pencarum Wanita berumur 53 tahun pula dibekalkan lampin dewasa.

Beliau menghidap penyakit strok dan tidak dapat meneruskan pekerjaan.

Memandangkan perayaan sambutan Hari Krismas bakal menjelang, pemberian sumbangan Kotak Prihatin (barangan makanan) juga diberikan kepada kedua-dua pencarum tersebut untuk meringankan serba sedikit pembelanjaan sambutan tersebut.

Exit mobile version