Wednesday, November 20, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Langgar adat, langgar pantang mesti kena Sogit:  KAN Roger Impau

KAN Roger Impau

KOTA KINABALU: Sogit adalah tradisi lama dalam masyarakat Anak Negeri yang bertindak sebagai penalti kerana melanggar undang-undang Anak Negeri, kata Ketua Anak Negeri (KAN) Daerah Kota Kinabalu Roger Maylin Impau.

Katanya, sogit bertujuan menjaga keamanan, menyelesai konflik, meredakan ketegangan selain dari mengenakan pampasan bagi pelanggaran adat di Sabah. Dalam konteks Mahkamah Anak Negeri, sogit melibatkan hukuman berdarah (melibatkan sembelihan binatang) berpandukan Enakmen Anak Negeri (Undang-undang Adat Anak Negeri 1995).

“Dari segi sejarah, sogit diperluaskan kepada interaksi dengan roh terutamanya dalam ritual pagan. Namun demikian, pada masa ini, upacara sebegini jarang berlaku di Kota Kinabalu kerana penganutan agama dan sukar untuk mendapatkan bobolian, tetapi masih diamalkan di kawasan luar bandar,” jelasnya.

Roger berkata demikian dalam ceremahnya pada program ceramah secara dalam talian yang bertajuk “Sogit: Perubahan Pelaksanaan Amalan Sogit dalam Kalangan Masyarakat Kadazandusun di Sabah” baru-baru, yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama Kursi Kadazan-Dusun UMS.

Ketua penganjur Dr Trixie Marjorie Tangit berkata ceramah yang disertai 800 peserta termasuk pelajar tahun satu UMS itu bertujuan meningkatkan pengetahuan para peserta tentang keunikan masyarakat Sabah melalui kursus teras fakulti yang bertajuk ‘Budaya dan Masyarakat di Sabah’.

Tiga orang penceramah Ketua Anak Negeri (KAN) Roger Meylin Impou (Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu), Ketua Anak Negeri KAN Viola Giluk Dompok (Mahkamah Anak Negeri Daerah Penampang) dan Ketua Kampung, David Raji Joy (Kampung Kopimpinan, Putatan, wakil Ketua Daerah OKK Datuk Stephen Sondoh (Mahkamah Anak Negeri Daerah Putatan) telah berkongsi refleksi tentang amalan sogit dalam kalangan masyarakat KadazanDusun di Sabah,”

Para penceramah menegaskan bahawa denda dan amalan sogit adalah berbeza di setiap daerah (kampung masing-masing) dengan ketua kampung diberi kuasa untuk mengenakan denda sogit terutamanya dalam kes pelanggaran adat atau konflik dan boleh bertindak sebagai orang tengah untuk penyelesaian secara aman di peringkat kampung.

Clarence (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada Trixie.

Turut hadir pada ceramah tersebut, Pemegang Kursi Kadazan-Dusun UMS, Profesor Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun.

Menujrut Roger, walaupun peredaran zaman yang semakin moden membawa kepada perubahan cara hidup sosial dan penganutan agama, perlaksanaan amalan sogit dalam kalangan etnik Kadazan Dusun tidak banyak berubah disebabkan amalan sogit merupakan amalan yang diwarisi sejak dulu lagi.

“Generasi muda hari ini berpendapat bahawa amalan sogit ini suda lapuk, ketinggalan zaman dan berfikiran kolot. Namun mereka tidak ada pilihan. Langgar adat, langgar pantang mesti kena sogit,” tegasnya.

Sementara itu, KAN Viola Giluk Dompok berkata sogit berkenaan dengan pelanggaran undang-undang adat Anak Negeri adalah tidak mengira agama atau bangsa, selagi melibatkan Anak Negeri maka sogit akan tetap dikenakan.

Katanya sebagai contoh tindakan keterlaluan dan tidak senonoh yang pernah dilakukan oleh warga asing ke atas Gunung

Kinabalu dikenakan sogit melibatkan upacara korban haiwan seperti kerbau, ayam atau babi dan diikuti ritual untuk menenangkan semangat dan roh-roh di gunung mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan Dusun.

“Pada zaman moden ini, memang terdapat perubahan dalam adat tradisional (sogit). Beberapa amalan tradisi terutamanya dalam golongan orang tua masih diamalkan. Namun generasi muda mungkin tidak sedar kerana kurang pengetahuan mengenai amalan sogit dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.

“Ini kerana, Ketua Kampung hanya mempunyai peluang untuk membincangkan adat-adat sogit pertunangan dalam upacara pertunangan dan majlis berkaitan sahaja.

“Kebanyakan amalan tradisi ini diamalkan oleh masyarakat pagan sebelum ini. Tetapi kebanyakan kita sudah mempunyai agama masing-masing. Jadi tidak semua adat masih diamalkan. Hanya beberapa adat yang sering kita lalui setiap hari,” jelas David Raji. – Talantang

Popular Articles