Friday, July 11, 2025

KM: Sambutan Tahun Baharu Cina dianjurkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mulai tahun ini

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor diiringi ADUN Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung bersama tetamu kenamaan yang lain menunjukkan kaligrafi cina yang mereka tulis sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat Daerah Sandakan di Dewan Hakka Sandakan pada Ahad. Gambar JKM

SANDAKAN: Mulai tahun ini, kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menganjurkan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dan Krismas peringkat negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Mengumumkan perkara itu sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat Daerah Sandakan, beliau berkata ini bermakna semua perayaan besar peringkat negeri di Sabah akan dikendalikan secara rasmi oleh kerajaan negeri.

“Kerajaan telah memutuskan penganjuran perayaan Tahun Baharu Cina peringkat
negeri akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, seperti juga sambutan perayaan
Aidilfitri dan Pesta Kaamatan,” katanya sempena majlis itu di Dewan Hakka di sini pada Ahad.

Majlis Rumah Terbuka itu anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Tanjong Papat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata rumah terbuka setiap perayaan di negara ini perlu menjadi platform untuk menyemai, memupuk dan mempertahankan keharmonian serta kerjasama dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini

Beliau berkata seperti juga perayaan perayaan yang lain antaranya Krismas, Aidilfitri, Deepavali dan Pesta Kaamatan yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia, Tahun Baharu Cina adalah satu lagi perayaan besar yang penting.

“Justeru, marilah kita memanfaatkan sambutan perayaan seperti ini, bukan saja untuk meraikan Tahun Baharu Cina, tetapi juga menjadi platform mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dana agama di negeri ini.

“Perayaan Tahun Baharu Cina ini juga memberi peluang kepada rakyat untuk menyemai semangat perpaduan dan saling mengenali. Sesungguhnya, semangat inilah ditambah dengan toleransi antara kaum adalah pengikat yang nyata untuk membawa negeti ini untuk terus maju ke hadapan.

“Berdepan dengan pelbagai cabaran untuk pemulihan dan kestabilan ekonomi, setiap daripada kita mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat besar. Saya menyeru kepada semua masyarakat Cina dan rakyat Sabah keseluruhannya untuk mengukuhkan jalinan kerjasama ini agar kita dapat menyediakan platform yang lebih kukuh dan terjamin untuk negeri ini,” katanya.

Hajiji berkata sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 ini jelas membuktikan bahawa kerajaan negeri Sabah sentiasa mementingkan dasar kesaksamaan kepada semua perayaan tanpa mengira kaum dan agama di negeri ini.

“Inilah keistimewaan kita di Sabah, perbezaan agama, bangsa dan budaya tidak menghalang untuk kita bersama sama meraikan setiap perayaan yang ada di negara ini. Malah, hubungan persaudaraan tetap utuh walaupun berbeza kepercayaan.

“Semoga tahun naga ini yang melambangkan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah akan terus membawa Sabah terus maju ke hadapan dan rakyat hidup dalam keadaan aman damai.

“Saya berharap pada tahun ini juga kita dapat menangani pelbagai cabaran sama ada dalam aspek ekonomi dan kesihatan,” katanya.

Beliau juga meminta rakyat bersama-sama kerajaan negeri berganding bahu dalam menjayakan agenda pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Pelan ini yang dilancarkan pada tahun 2021 kini berada di landasan betul, dan diharapkan dengan sokongan berterusan daripada rakyat, ekonomi negeri akan terus kukuh sekali gus akan menarik lebih ramai lagi pelabur untuk datang ke negeri ini.

“Fokus kita tidak pernah lari dari meningkatkan pembangunan negeri dan ekonomi rakyat. Jika ini dapat diteruskan, saya yakin kita dapat melaksanakan pelbagai lagi program untuk kebaikan takyat di negeri ini pada masa akan datang,” katanya.

Yang turut hadir ADUN Tanjong Papat selaku Pengerusi Penganjur, Datuk Poon Ming Fung @ Frankie dan ADUN Karamunting merangkap Pengerusi bersama, Datuk George Hiew Vun Zin.

Ketua Menteri turut menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cuba bersama pimpinan masyarakat Tionghua Sandakan di Bukit Sentosa, Sandakan. – Talantang

Hot this week

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Topics

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img