Tuesday, July 1, 2025

Harga maksimum tiket sehala ke Sabah, Sarawak, Labuan RM599 – Loke

KUALA LUMPUR – Bersempena Aidilfitri tahun ini, kerajaan menetapkan harga maksimum tiket penerbangan pada kadar RM599 sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, harga bagi kelas ekonomi itu ditawarkan untuk tempoh perjalanan tiga hari menjelang Aidilfitri.

Katanya, inisiatif berkenaan ditetapkan kerajaan bagi membantu melancarkan percutian orang ramai untuk pulang beraya ke kampung halaman masing-masing pada April nanti.

“Memang kita ada dasar untuk semua perayaan, sama ada Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Gawai, Keaamatan dan Krismas, (selama) tiga hari sebelum raya, kerajaan akan tetapkan harga maksimum itu.

“Dalam Semenanjung tiada harga maksimum sebab ada mod pengangkutan lain seperti bas dan kereta api.

““Kalau yang beli awal (tiket penerbangan) mungkin dapat harga lebih murah, tapi kalau ada kekurangan tiket, maka harga akan melambung, sebarang kenaikan daripada RM599 akan ditampung menerusi subsidi kerajaan dalam tempoh tiga hari itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah bangunan baharu bertingkat sebuah sekolah di Jelebu, hari ini.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, bagaimanapun kementeriannya akan meminta pandangan daripada semua pihak, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar untuk mengetahui tarikh sambutan sebenar Aidilfitri.

Menurutnya, ia perlu diketahui secara tepat sebelum penetapan harga tiket itu dilaksanakan.

“Saya difahamkan raya tahun ini mungkin pada Rabu (12 April) atau lebih awal, kita anggarkan tahun ini waktu puncak (orang pulang) adalah pada Sabtu (9 April) dan Ahad (10 April) sebelum raya.

“Jadi penetapan kita mungkin pada hujung minggu tersebut, itu anggaran tapi kita kena dapatkan pandangan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chennah berkata, syarikat penerbangan turut menyediakan penerbangan tambahan.

Malah, ada syarikat yang menawarkan harga tetap untuk penerbangan tertentu pada waktu malam.

Anthony berkata, umpamanya AirAsia yang menyaksikan syarikat itu ada menawarkan harga tetap murah untuk penerbangan pada waktu malam, dengan hanya beberapa penerbangan khas setiap hari yang akan dilancarkan Mac nanti.

Sementara itu, ditanya mengenai terdapat individu yang menyewa helikopter untuk pulang ke kampung halaman pada musim perayaan, Loke berkata perkara itu belum menjadi norma masyarakat.

“Namun, sebarang bentuk penerbangan mesti didaftarkan kepada pihak berkaitan,” katanya. Scoop

Hot this week

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...

Six more Sabah politicians implicated in corruption

KOTA KINABALU : - Six more politicians in Sabah...

Topics

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...

Six more Sabah politicians implicated in corruption

KOTA KINABALU : - Six more politicians in Sabah...

Judicial review – Peter Anthony’s fate will be known on July 9

KOTA KINABALU : - The fate of former Sabah...

MCA Libaran Urges PM to Review New SST Implementation

Chin...list of taxable goods to over 4,000 items would...

SANDAKAN : - Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, menggesa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img