Sunday, June 15, 2025

Kerajaan harus rangka strategi keluar dari jarat kemiskinan


Datuk Seri Dr Roland Kiandee…Jangan mengamalkan politik dendam dengan mendiskriminasikan kawasan tertentu hanya kerana perbezaan politik.

KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Roland Kiandee berkata kemiskinan merupakan isu sosio-ekonomi yang merentasi sempadan politik.

Ahli Parlimen Beluran, dalam satu kenyataan hari ini  berkata isu itu menuntut kepada kebertanggungjawaban semua pihak khususnya kerajaan, bagi merangka strategi terbaik untuk membolehkan masyarakat serta negara keluar daripada jerat kemiskinan.

Adalah diakui kawasan Sabah ketinggalan berbanding negeri-negeri lain terutamanya dalam aspek kemajuan ekonomi dan pembangunan infastruktur. Kadar insiden kemiskinan 1.2 peratus di Sabah.

“Itu enam kali ganda lebih tinggi berbanding kadar nasional 0.2 peratus, sebagaimana diumumkan Menteri Ekonomi perlu diterima dan dinilai secara matang, ” kata Kiandee, yang juga Naib Presiden Parti Bersatu.

Katanya, sebab itu, isu kemiskinan dan jurang pembangunan yang ketara antara semenanjung dan Sabah berterusan diperjuangkan di Dewan Rakyat oleh ahli-ahli parlimen dari Sabah.

Namun, perlu dijelaskan bahawa kadar kemiskinan yang diumumkan kerajaan itu sebenarnya sudah jauh menurun.

Menurutnya kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) merekodkan insiden kemiskinan di Beluran 12.1 peratus, tetapi kini turun kepada 5 peratus, manakala Tongod yang merupakan daerah termiskin juga merekodkan penurunan ketara daripada 19.7 peratus kepada 5.9 peratus.

“Kepada kerajaan, saya ingin tegaskan dalam isu kemiskinan ini perlu buta politik. “

“Jangan mengamalkan politik dendam dengan mendiskriminasikan kawasan tertentu hanya kerana perbezaan politik,” katanya.

Kiandee juga mencadangkan bahawa usaha-usaha kerajaan terdahulu perlu diteruskan kesinambungannya dan ditambah baik melalui idea-idea baharu dengan tumpuan mesti diberikan kepada kawasan luar bandar.

Katanya keadilan sosio-ekonomi wajib dilaksanakan dengan pembangunan infrastruktur di lapan daerah di Sabah yang mencatatkan insiden kemiskinan tinggi mesti dipercepatkan.

“Berhentilah menuding jari,” katanya.

Menurut KiandeevKerajaan Persekutuan dan Negeri perlu fokuskan segala usaha secara bersama.

Kepesatan ekonomi Sabah seperti yang sering dilaung oleh kerajaan negeri perlu dimanfaat oleh rakyat yang berada di luar bandar. 

 

Hot this week

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Topics

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img