Monday, September 16, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Sabah perlu strategi pengurusan air jangka panjang

Aktivis Sabah, Kanul Gindol (kiri) dalam satu perbincangan bersama beberapa aktivis lain hari ini di Kota Belud.

KOTA BELUD: Aktivis Masyarakat Kanul Gindol berkata Sabah perlu strategi pengurusan air jangka panjang.

Katanya, Sabah yang memiliki banyak sungai masih gagal merancang dan mengurus bekalan airnya.

“Jika kemarau 4 minggu saja maka akan kedengaran pelbagai masalah ketiadaan air, empangan mahu kering, kebakaran sana sini,” katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Sedunia Air hari ini (22 Mac).

Menurut Kanul, yang juga  pengerusi NGO
Gindol Initiative for Civil Society Borneo,  tidak ada guna mempersalah kerajaan kerana kerajaan banyak kali bertukar masih juga keadaan sama berlaku.

Jelasnya, apa yang nyata ialah Sabah perlu merangka satu Strategi Pengurusan Bekalan Air yang mampan.

Sumber air sungai kita masih sangat banyak. Negara atau tempat lain yang tiada sungai, pasti cemburu dengan Sabah.

Sejumlah wang perlu diperuntuk supaya penstoran dan bekalan air sungai yang ada mencukupi walaupun tiada hujan sehingga 4-5 bulan.

“Kalau beras boleh diurus supaya stok mencukupi sehingga 5 bulan, tapi air tidak? Sedangkan Sabah banyak air.”

“Saya hanya bercakap fasal bekalan air sungai, belum lagi menyentuh sumber air hujan, akuifa, desalinisasi air laut dan pengitaran semula air seperti diurus negara-negara lain,” katanya.

Selamat Hari Sedunia Air hari ini 22hb Mac.

Popular Articles