Friday, May 24, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Pesta Kaamatan Tuaran 5 hari bermula 4 Mei

TUARAN: Daerah Tuaran akan diadakan di Dewan Masyarakat Tun Hamdan, Tamparuli  selama lima hari bermula 4 Mei ini.

Pegawai Daerah Tuaran, Hadzlan Jablee berkata, pemilihan lokasi tersebut adalah kelaziman penggiliran setiap tahun bagi daerah itu.

Katanya majlis perasmian akan disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Beberapa pengisian menarik telah disusun antaranya pertandingan Sugandoi Kaamatan (saringan 21 April, 10 pagi dan pusingan akhir 4 Mei, 7 malam) yang akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim.

“Manakala Pertandingan Unduk Ngadau akan diadakan pada 8 Mei jam 1 petang, dan disempurnakan oleh isteri kepada  Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

“Pondok Moginakan, pameran dan gerai-gerai jualan juga akan diadakan di padang Pekan Tamparuli dan perkarangan Dewan Masyarakat Tun Hamdan sepanjang sambutan Pesta Kaamatan Daerah Tuaran ini berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat sambutan tersebut di sini.

Pengerusi-pengerusi pelaksana adalah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging bagi acara Sugandoi, Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Hannevy W.Harry (Unduk Ngadau) dan Penolong Pegawai Kiulu, Leprus Esuvas @ Giswa, (Sukan Rakyat Bina Badan). 

Untuk rekod, Tuan Rumah bagi Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah pada tahun ini ialah Daerah Ranau yang bertemakan Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan atau dalam bahasa Kadazan-Dusunnya “Kaamatan, Poingalib Kohimaganan Taakanon”.

Popular Articles