Friday, July 11, 2025

Joseph Kurup selamat dikebumi kan di Penampang

PENAMPANG: Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), mendiang Tan Sri Joseph Kurup telah selamat dikebumikan di The Empire Paradise Christian Memorial Park sekitar jam 10 pagi, Selasa.

Jasad bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu dikebumikan di sini selepas dibawa dari Fook Lu Siew Coffin Supplies Sdn Bhd untuk tujuan sesi penghormatan terakhir.

Anak kepada mendiang yang juga merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup dalam satu sidang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak khususnya pemimpin negara dan juga Sabah.

“Saya mewakili keluarga mendiang merakam setinggi penghargaan kepada semua yang telah mengirimkan utusan takziah, meluangkan masa menziarah dan memberi penghormatan terakhir sehingga ke upacara pengebumian.

“Sebagai anak jati Sabah, mendiang merupakan seorang pemimpin yang setia berkhidmat dan sanggup melakukan apa sahaja demi kebajikan dan kesejahteraan Sabah serta rakyatnya.

“Mendiang merupakan pemimpin setia kepada perjuangan dan sentiasa dikenali sebagai seorang yang meletakkan keutamaan dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat khususnya rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bertempat di Wisma Kinsabana selepas pengebumian mendiang Joseph, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Arthur yang juga merupakan Ahli Parlimen Pensiangan itu berkata beliau akan meneruskan legasi bapanya dalam kepimpinannya sebagai Presiden PBRS.

“Legasi dan perjuangan mendiang akan disemat dalam jiwa ahli parti. Ia juga menjadi teras panduan untuk saya terus mengemudi dan memimpin parti demi kesejahteraan rakyat Sabah.

“Bagi kami sekeluarga, kami kehilangan seorang ayah yang amat disayangi, tiang seri yang telah banyak berkorban demi kesejahteraan keluarga.

“Mendiang abadi dalam kenangan kami sebagai seorang bapa yang mempunyai kepemimpinan tinggi, sentiasa bersemangat dalam melaksanakan apa-apa urusan, mempunyai daya ketahanan kuat apabila berhadapan tekanan dan insan berfikiran jauh,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Mendiang yang juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bersara daripada politik pada Januari tahun lalu selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti terbabit.

Hot this week

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Topics

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img