Wednesday, March 19, 2025

15 kes curi karon, SESB kerugian RM3 juta

Abdul Nasser (tengah) diberi taklimat mengenai operasi kes kecurian elektrik sekitar Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, dan Sandakan.

SANDAKAN:- Lima belas premis di Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, dan Sandakan diserbu oleh Energy Commission of Sabah (ECoS) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) disyaki memanipulasi meter SESB dan membuat sambungan elektrik haram, mengakibatkan SESB mengalami kerugian lebih RM3 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, daripada 15 premis yang diserbu, sebanyak 10 kes kecurian melibatkan pelbagai premis termasuk ladang udang, pusat pelancongan, kedai perabot, restoran, kilang ais, kilang memproses makanan laut dan pusat hiburan.

Katanya, turut dirampas barang bukti seperti kabel sambungan haram, meter elektrik yang telah diubah suai, dan peralatan elektronik yang digunakan untuk mengganggu meter SESB.

“ECoS akan mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah di bawah Seksyen 61(1)dan Seksyen 61(3) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan sekiranya didapati bersalah, pemilik premis boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Mana-mana pihak yang didapati bersubahat melakukan pengusikan meter atau membuat pendawaian elektrik secara haram juga boleh didakwa di bawah Seksyen 61(1) Enakmen Bekalan Elektrik 2024,” tegasnya dalam kenyataan pada Khamis.

Abdul Nasser berkata, pada masa yang sama, SESB juga boleh menuntut semula kerugian daripada pesalah laku berdasarkan Seksyen 63 (6) Enakmen Bekalan Elektrik 2024.

Menurutnya, aktiviti serbuan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan juga turut melibatkan pemeriksaan ke atas pepasangan elektrik, di mana didapati sebanyak 20 unit genset yang tidak berdaftar dan tidak dilesenkan.

“Kesalahan ini boleh didenda sehingga RM500 ribu atau dipenjara sehingga tempoh 5 tahun atau kedua-duanya sekali berdasarkan Seksyen 8, Enakmen Bekalan Elektrik 2024,” jelasnya.

Dalam acara berasingan, ECoS juga merayakan pembukaan rasmi pejabat cawangan Wilayah Pantai Timur yang ditempatkan di Wisma Saban, Sandakan untuk membantu memudahkan urusan-urusan dan memberikan akses yang lebih mudah kepada pihak pemegang taruh untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan berkaitan dengan pendaftaran lesen, aduan, kekompetenan, keselamatan dan kecekapan tenaga.

“ECoS akan terus melaksanakan serbuan dan aktiviti penguatkuasaan bagi membanteras kecurian elektrik dan memastikan semua pepasangan elektrik didaftar dan dilesenkan di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024 supaya segala aktiviti pepasangan beroperasi dalam keadaan yang selamat.

“ECoS juga memberikan peringatan dan amaran kepada pengguna-pengguna elektrik supaya tidak membuat sebarang aktiviti pengusikan meter atau penyambungan haram untuk mengelakkan tindakan undang-undang diambil,” tegas beliau lagi.

Hot this week

Bags and hair cut for students in Kepayan

KOTA KINABALU : - The commitment to ensuring a...

New species of bush crickets described from Sabah

Dr Tan Ming Kai (Standing, 3rd from left), Dr...

Kiulu riverbank needs urgent construction of protection structure

Joniston handing over a list of areas facing serious...

No Smoke Without Fire: Warisan’s Political Games Exposed

By Datuk James LigunjangJustice of Peace KOTA KINABALU :  -Sabahans...

Priscella Peter – An Emerging Young Political Leader in Sabah?

She is confident that KDM, anticipated to contest 45...

Topics

Bags and hair cut for students in Kepayan

KOTA KINABALU : - The commitment to ensuring a...

New species of bush crickets described from Sabah

Dr Tan Ming Kai (Standing, 3rd from left), Dr...

Kiulu riverbank needs urgent construction of protection structure

Joniston handing over a list of areas facing serious...

No Smoke Without Fire: Warisan’s Political Games Exposed

By Datuk James LigunjangJustice of Peace KOTA KINABALU :  -Sabahans...

Priscella Peter – An Emerging Young Political Leader in Sabah?

She is confident that KDM, anticipated to contest 45...

Salleh calls on the Muslims to embrace moderation during Ramadan

LAHAD DATU : - Former Sabah Chief Minister Datuk...

Dr Joachim seru penduduk Kundasang bersatu dan sokong GRS

Dr Joachim memalu gong menyempurnakan gimik perasmian balairaya...

Enhancing wildlife conservation through artificial nest boxes

The artificial nest box project leader, Pg. Mohd. Sahlan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img