KPDN puji peniaga di Kundasang patuh

Pegawai penguatkuasa KPDN Tuaran memeriksa harga telur pada premis perniagaan di Kundasang.

Harga ayam juga diperiksa.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary 

KUNDASANG (Selasa 8 Ogos): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Tuaran berpuas hati dengan pematuhan harga maksimum barangan kawalan di kalangan peniaga di pekan ini.

Tiga pegawai penguatkuasa KPDN Tuaran terbabit dalam tugas pemeriksaan ke atas premis perniagaan yang ada di Kundasang pada Selasa.

Antara barangan harga kawalan diperiksa dalam pematuhan penetapan harga maksimum ayam dan telur ayam, ops ATM, ops menu, ops manis serta harga bekalan keperluan asas lain.

KPDN dalam kenyataan di sini memberitahu sebanyak 21 premis perniagaan yang diperiksa turut diberikan notis supaya sentiasa patuh peraturan ditetapkan kerajaan.

Kenyataan itu menyebut hasil pemeriksaan juga mendapati peniaga patuh undang-undang yang dikuatkuasa KPDN terutama penandaan harga yang jelas serta alat timbang dan sukat digunakan ditentusahkan untuk kegunaan perdagangan.

Leave a Reply