Monday, June 23, 2025

GRS sudah bersedia, PRN17 boleh berlaku bila-bila masa – Hajiji

Hajiji bersama Ketua Wanita GRS Datuk Seri Azizah Dun (duduk, dua kanan) dan Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee pada sidang media di sini pada Ahad.

KOTA KINABALU : – Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah bersedia hadapi Pilihanraya Negeri ke 17 (PRN17).

Ketua Menteri yang juga pengerusi GRS itu berkata PRN17 boleh berlaku bila-bila masa dalam tempoh satu tahun ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Taklimat Gerak Kerja Wanita GRS di sini, hari ini.

Hajiji ditanya mengenai persediaan GRS menghadapi PRN17.

“Sebenarnya, kita sudah bersedia tetapi kita ada masa lagi satu tahun, jadi banyak lagi perkara-perkara yang kita bagi tumpuan untuk kita selesaikan seperti masalah-masalah rakyat, ” katanya.

Hajiji menjelaskan bahawa dalam tempoh satu tahun ini boleh berlaku jika sekiranya mahu mengadakan pilihan raya.

Sehubungan dengan itu Hajiji berkata pemilihan calon GRS yang akan bertanding selain berkebolehan dalam berpolitik, ia juga berdasarkan calon yang boleh menang.

Menurut Hajiji, mengetengahkan calon boleh menang ini adalah penting untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat dalam pilihan raya itu nanti.

“Dalam pilihan raya, kita akan mengetengahkan calon yang boleh menang. Ini amat penting kita tidak kira daripada parti mana asalkan kita dapat laporan dan kita fikirkan bahawa calon itu adalah yang terbaik untuk kita ketengahkan dan boleh menang kerana kita yakin kita akan mendapat kepercayaan sekali lagi daripada rakyat dalam pilihan raya,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, Wanita GRS juga akan diberi ruang untuk bertanding di dalam PRN17 ini.

Namun demikian, Hajiji berkata pemilihan calon hanya akan diputuskan pada Mesyuarat Tertinggi GRS yang akan diadakan pada hujung November ini.

Ini adalah susulan laporan berita yang dikeluarkan semalam mengenai Wanita GRS yang diketuai Datuk Seri Azizah Dun telah mengemukakan senarai nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang ini kepada Pengerusi GRS.

“Kita akan bawa perkara ini dalam Mesyuarat Tertinggi GRS yang akan kita adakan tidak berapa lama lagi.

“Saya tidak boleh membuat keputusan seorang diri, kita kena berbincang dengan kawan-kawan kita di dalam GRS, bagaimana kita menghadapi pilihan raya yang akan datang termasuklah memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin wanita kita untuk bertanding di dalam pilihan raya,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai taklimat tersebut, Hajiji berkata, beliau mendapati gerakan jentera kerja Wanita GRS berjalan dengan baik.

“Saya dapati bahawa gerakan ataupun jentera kerja Wanita GRS boleh dikatakan cukup berjalan dengan baik di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

“Apa yang saya tekankan tadi bahawa Gabungan Rakyat Sabah mesti satu hati, satu gerak kerja untuk menghadapi pilihan rakyat umum yang akan datang,” tegasnya.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img