Home Berita Hilang sejak 2 hari nelayan dipercayai dibaham buaya

Hilang sejak 2 hari nelayan dipercayai dibaham buaya

Pasukan bomba meneruskan pencarian nelayan yang hilang dua hari yang lalu.

Oleh Nilam Raon

TAWAU: Seorang nelayan dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika turun ke bot pada jam 4 pagi di Kampung Sungai Mas–Mas Nasib Kita dua hari yang lalu (Rabu).

Mangsa, Addi Bangsa, 60, masih belum ditemukan dengan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kini telah memasuki hari kedua.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi SAR dilakukan bersama agensi bantuan polis menggunakan bot dengan kaedah ‘Surface Searching’ dengan radius pencarian tiga kilometer sepanjang muara sungai berkenaan.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemui dengan maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

NO COMMENTS

Exit mobile version