Home Berita 15 sekolah rendah, menengah Sandakan terima lebih RM1j

15 sekolah rendah, menengah Sandakan terima lebih RM1j

Vivian (tengah) bergambar bersama penerima anugerah cemerlang Sandakan.

SANDAKAN (Jumaat 4 Ogos): Sepuluh sekolah rendah dan lima sekolah menengah di Sandakan mendapat bantuan lebih RM1 juta daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang disampaikan oleh Ahli Parlimennya, Vivian Wong Shir Yee.

Jumlah dana yang diterima setiap sekolah itu bagaimanapun berbeza mengikut jumlah yang dipohon. Ia akan digunakan untuk kerja-kerja selenggara di sekolah terbabit.

Vivian berterima kasih kepada Kementerian dan kerajaan persekutuan kerana memenuhi janji untuk memperuntukkan dana kepada 10 sekolah rendah Cina di Sandakan dan 5 sekolah menengah di Kawasan Parlimennya.

“Wang itu akan digunakan untuk membaik pulih bangunan dan kemudahan sekolah,” katanya selepas menyampaikan cek sumbangan itu di Dewan Pandu Puteri Batu 4 Sandakan, pada Jumaat.

Majlis yang dhadiri ramai pemimpin dan kenamaan itu turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada 40 pelajar cemerlang yang mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan STPM 2022 bagi kawasan Parlimen Sandakan.

Mereka adalah 31 pelajar dari Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam, Sandakan dan sembilan lagi dari SMK Muhibbah, Sandakan. 

Ia merupakan inisiatif pihaknya dalam meraikan kejayaan serta kegigihan pelajar terbabit.

Selain itu kejayaan mereka juga diharap menjadi inspirasi kepada pelajar lain kerana menerusi pelajaran.

Kesemua pelajar yang menerima keputusan antara 3.50 hingga 4.00 CGPA itu juga menerima sumbangan wang dan sijil penghargaan masing-masing. Sumbangan wang yang diterima antara RM500 hingga RM1,000 mengikut keputusan yang diperoleh.

“Inisiatif ini akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

NO COMMENTS

Exit mobile version