Anggota bomba menunjukkan kaedah memadam kebakaran kepada penghuni PPR Sri Rugading dan Telipok Ria.

Oleh Hardy Joe
Foto Mohd Syukrie Johary
TUARAN (Selasa 22 Ogos): Program komuniti rakan taman yang diadakan di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Rugading di sini Sabtu, mendapat sambutan menggalakkkan penghuni taman itu.
Lebih 300 penghuni membabitkan dua komuniti di Taman PPR Sri Rugading dan Taman Telipok Ria hadir memeriahkan program.
Program sehari anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mendapat kerjasama Majlis Daerah Tuaran (MDT) dihadiri lebih 300 penghuni taman itu.
Pengisian program taklimat serta saringan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran diketuai Dr Mohd Safwan Mohd Noor.
Turut diadakan ialah demonstrasi keselamatan kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Tuaran dan senamrobik.
MDT dalam satu kenyataan berkata, gotong royong membersihkan kawasan taman berkenaan dan cabutan tiket bertuah juga diadakan.
“Program seumpama itu penting diadakan untuk memberi kesedaran kepada penghuni taman berkenaan mengenai penjagaan kebersihan, kesihatan dan pencegahan kebakaran dikekalkan,” katanya.
Turut hadir Pegawai Eksekutif MDT Jamlin Ladin serta Penolong Setiausaha Landskap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Hasnah Dausin.