Chan (empat dari kiri) bergambar bersama pemimpin lain.
SANDAKAN (Rabu 23 Ogos): Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memulakan kajian laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan laporan Impak Penilaian Impak Sosial (SIA) untuk projek Kompleks Pendaratan Ikan pada awal tahun depan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin yang melawat tapak tanah KLIM itu di Bandar Leila Sandakan semalam berkata, cadangan projek membina kompleks itu diumumkan pada tahun 2020.
“Semalam saya telah melawat ke Tapak Tanah LKIM di Bandar Leila Sandakan bagi melihat perkembangan terkini untuk cadangan projek kompleks pendaratan ikan itu.”
“Saya difahamkan bahawa pihak LKIM akan memulakan kajian laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan laporan Impak Penilaian Impak Sosial (SIA) pada awal tahun depan,” katanya dalam ciapannya di Facebook.
Menurutnya, projek itu membabitkan kawasan seluas 20 ekar yang merangkumi kawasan darat dan laut di mana fasiliti bilik sejuk, kilang ais, tempat pendaratan bot dan pusat jualan disel bersubsidi akan disediakan.
Kata Chan, mana-mana projek yang akan memanfaatkan rakyat, warga tani dan nelayan, seharusnya diteruskan untuk kebaikan bersama. Pembangunan sektor perikanan di Sandakan adalah sesuatu yang diutamakan.
Hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Merangkap Ketua Pengarah LKIM Hamdan Mamat, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong dan ADUN Tanjung Papat Datuk Frankie Poon Ming Fung.