Home Berita Ketua Polis Negara dianugerah darjah, pingat kebesaran dari Negeri Melaka

Ketua Polis Negara dianugerah darjah, pingat kebesaran dari Negeri Melaka

Ketua Polis Negara sedang menerima pingat kebesaran daripada TYT Melaka.

Melaka (Khamis 24 Ogos): Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dianugerahkan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali bin Mohd Rustam, di sini Khamis.

Dalam istiadat tersebut, TYT telah mengurniakan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) kepada Tan Sri Razarudin yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ pada istiadat penganugerahan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Datuk Zainudin Ahmad, Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, SAC Datuk Suryani Sungit, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Melaka, ACP Datuk Mohamed Mahat serta pesara SAC Datuk Baharudin Mustapha dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bersama 60 individu yang lain.

Dalam istiadat yang sama, seramai tujuh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) masing-masing turut dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M.), Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.) dan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.).

Seluruh warga PDRM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada KPN dan barisan penerima penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi tahun 2023.- Foto dan kenyataan PDRM.

NO COMMENTS

Exit mobile version