Home Berita Pengarah JSPT adakan kunjungan hormat ke atas PJP Sabah

Pengarah JSPT adakan kunjungan hormat ke atas PJP Sabah

KOTA KINABALU:  Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini, hari ini.

Ia bersempena lawatan kerja dan perjumpaan beliau bersama warga JSPT di kontinjen berkenaan.

Hadir sama, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Azman Shari’at, Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalu Lintas) JSPT Bukit Aman, Superintendan Mohd Yatim Osman dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah, Superintendan Rosdi Mat Jusoh.

Sumber: Polis Sabah

Exit mobile version