Sunday, June 22, 2025

Status daerah persinggahan dijadikan faedah bersama Sipitang dan Lawas

Dr Yusof bersama Datuk Henry disambut dengan penyambut berpakaian tradisi kaum Murut.

LAWAS (Sarawak) : Status sebagai daerah persinggahan pengunjung akan dijadikan faedah bersama antara Sipitang dan Lawas bagi menjana ekonomi setempat.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob berkata, daerah Sipitang dan Lawas merupakan laluan bagi warganegara Brunei termasuk menjadi lokasi untuk mereka bercuti.

Justeru itu, katanya, kelebihan ini akan dimanfaatkan oleh kedua-dua daerah yang terletak bersebelahan.

‘Kita punya persamaan jadi persinggahan. Jadi saya merancang kita guna kekuatan ini faedah bersama antara Sindumin (Sipitang) dan Lawas,” katanya.

Dr Yusof bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian dan Penangguhan Festival Cabaran Berakit Sungai Long Tengoa di Rumah Kebudayaan Kampung Long Tengoa Tristan, Lawas, semalam.

Majlis disempunakan oleh Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin menyifatkan penganjuran Festival Cabaran Berakit ini sesuai sebagai acara yang mampu menarik kehadiran pengunjung ke Lawas.

Pada masa sama, katanya, penganjuran acara itu dapat menjana ekonomi penduduk di kampung terlibat.

“Di Sabah kita panggil Pelancongan Berasaskan Komuniti (COBT) yang mana kita buat acara dan jemput pelancong luar untuk menyertai.”

“Jadi limpahannya ialah kita kena sambut kedatangan pelancong atau pengunjung
Kita sediakan kraftangan, apa-apa juga gerai jualan.”

“Kita berharap pengunjung itu berbelanja dan menjana ekonomi setempat..Jadi ini yang kita inginkan dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Yusof menyokong cadangan Datuk Henry yang bercadang menganjurkan Festival Cabaran Berakit Sungai Long Tengoa bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, ini akan membolehkan peserta dari luar negara menyertai acara itu khususnya dari negara jiran Brunei dan Indonesia.

Hot this week

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Topics

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img