Tuesday, July 15, 2025

ATM tambah dua pos kawalan di sempadan dengan Indonesia

Anggota tentera Malaysia dan Indonesia melaksanakan PATKOR Briged kelima Infantri Malaysia-KOREM di Pos Serudung, Kg Serudung Laut.

Oleh Nilam Raon

TAWAU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menambah bilangan pos kawalan di kawasan sempadan negara berdekatan Indonesia bagi memastikan aktiviti jenayah dapat dicegah dengan berkesan.

Ketua Staf Markas 5 Briged, Leftenan Kolonel Mohd Roslaini Bujang berkata, sebanyak dua pos kawalan tambahan beroperasi dekat sempadan yang berdekatan Berantian dan Felda Selatan di Kalabakan sebagai tindakan menjaga perbatasan.

“Kita telah menambah bilangan pos di pedalaman dan kita juga kerap membuat rondaan yang agresif dan hasilnya sejak kita mendirikan pos di situ kegiatan penyeludupan atau pendaratan pendatang asing tanpa izin semakin berkurangan,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian Patroli Terkoordinasi (PATKOR) Briged Kelima Infantri Malaysia-KOREM 092/ Maharajalila di Pos Serudung, Kg. Serudung Laut di sini, Khamis.

Turut hadir wakil Angkatan Darat Tentera Negara Indonesia (TNI), Kolonel Utten Simbolon.

Menurutnya, risikan dengan kerjasama daripada pihak pasukan keselamatan Indonesia turut dilakukan untuk berkongsi dan mengenal pasti maklumat berkaitan lorong tikus yang digunakan sebagai laluan penjenayah melakukan kegiatan mereka.

“Kita tetap bekerjasama dengan pihak keselamatan Indonesia untuk kita mencegah ataupun mengurangkan kegiatan jenayah dan memang ada juga kes pelanggaran sempadan tetapi kita dapat mengurangkannya melalui aktiviti rondaan bersama seperti ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau positif isu kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PTI) ke Malaysia melalui lorong tikus akan dapat diatasi apabila Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Serudung, Kalabakan beroperasi sepenuhnya.

Terdahulu beliau berkata, PATKOR menjadi platform terbaik mengukuhkan semangat kebersamaan pasukan keselamatan ke arah memastikan sempadan dua negara dalam keadaan aman dan selamat.

Jelasnya, anggota dan pegawai yang menyertai PATKOR berpeluang untuk menimba pengalaman bernilai dan dapat melatih kemahiran medan perang.

PATKOR ini disertai dua pegawai dan 32 anggota tentera Malaysia dan Indonesia bermula di Pos Serudung, Malaysia dan akan berakhir di Pos Simanggaris, Indonesia melalui empat pusat pemeriksaan sejauh 22.3 kilometer bagi tujuan memeriksa 223 batu sempadan.

Hot this week

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Topics

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img