Tuesday, June 17, 2025

Enam tahun menunggu bekalan air yang dijanjikan

Air graviti yang menjadi sumber utama bekalan air bersih penduduk Kampung Ruhiang, Tamparuli. – Foto Mohd Syukrie Johary

Oleh Hardy Joe

TAMPARULI: Enam tahun yang lalu dan masih menanti, kira-kira 300 penduduk Kampung Ruhiang di sini, terus menagih untuk kerajaan menyalurkan bekalan air paip yang dijanjikan kepada mereka.

Wakil penduduk Katat Sumping, 62, berkata kerja-kerja mengukur jarak untuk pemasangan saluran paip oleh Jabatan Air Sabah sudah dilakukan pada 2018, namun sehingga sekarang kemudahan itu belum lagi dibina.

“Kerajaan wajar mengotakan segera janji untuk menyalurkan bekalan air paip kepada perkampungan itu seperti dimaklumkan mereka kepada penduduk enam tahun yang lalu.

“Kemudahan ini amat diperlukan penduduk Ruhiang. Kami selalu berdepan dengan masalah tiada air terutama setiap kali musim kemarau seperti yang berlaku sebulan lalu.

“Buat masa ini, penduduk Ruhiang hanya mengharapkan sepenuhnya bekalan air hujan dan graviti yang disalurkan melalui tiga takungan kecil dibina secara gotong royong di atas bukit. Ia memberi kemudahan kepada 60 rumah,” katanya.

Katat berkata, paras air pada takungan itu mudah kering setiap kali musim panas melanda dalam tempoh tiga hingga empat minggu.

Katanya, Ruhiang yang terletak di kawasan berbukit hanya tiga kilometer jauh dari Loji Rawatan Air Tamparuli dan sepatutnya sudah lama berpeluang menikmati kemudahan asas itu.

“Penduduk kampung lain di luar kawasan Tamparuli sudah lama menikmati bekalan air paip, sedang penduduk Ruhiang hanya dijanjikan dengan kemudahan itu yang tidak kunjung tiba,” katanya kecewa.

Katat berkata, kerajaan mesti memberi perhatian terhadap masalah kemudahan air yang membelenggu kehidupan penduduk Ruhiang sejak sekian lama.

Sehubungan itu, beliau berharap pemberian peruntukan bernilai RM360 juta oleh Kerajaan Persekutuan untuk menangani masalah air di Sabah akan turut membantu menyelesaikan masalah air yang dihadapi penduduk Ruhiang.

Hot this week

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Topics

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img