Sunday, June 15, 2025

RM10j pinjaman mikro YUM untuk usahawan wanita Sabah

Joniston mewakili Ketua Menteri menutup majlis hari keluarga terbuka AIM  di Tuaran. – Foto Mohd Syukrie Johary

Joniston bersama usahawan di majlis Hari Terbuka AIM.

Oleh Hardy Joe
TUARAN: Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Yayasan Usaha Maju (YUM) tahun ini untuk kemudahan pinjaman mikro kepada wanita, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Katanya, Kerajaan akan memastikan usahawan khususnya wanita mendapat peluang dan kemudahan pinjaman yang sama rata. 

Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan menawarkan bantuan dana  turut menyediakan kursus dan latihan perniagaan, disamping bantuan promosi dan pemasaran produk ke pasaran dalam dan luar negeri.

“Kerajaan negeri juga memberi perhatian dan tumpuan kepada pembangunan peniaga kecil dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), sebagai industri pendukung dan pemangkin kepada sektor pembuatan.”

“Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM6.17 juta kepada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan pada tahun ini bagi mempergiatkan promosi produk-produk Sabah ke pasaran domestik dan antarabangsa,” katanya merasmikan penutupan Hari Keluarga Terbuka Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Tuaran 2023 di Dewan Seri Sulaman pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai.

Hajiji berkata, bagi memperkasakan lagi Program Bantuan IKS, Program Persijilan MESTI dan Halal dimulakan tahun ini bagi melayakkan produk IKS Sabah bersaing di peringkat antarabangsa. 

Untuk itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi menyokong program ini.

Katanya, AIM sebagai penyedia kewangan mikro di negara ini banyak membantu usahawan kecil dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di negara ini, termasuk golongan wanita dan B40 untuk keluar daripada kemiskinan.

Menurutnya, ada usahawan kecil yang berjaya memperolehi pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit sebulan, hasil bantuan AIM.  

“Ini membuktikan AIM telah berjaya membantu mengangkat martabat para peniaga. Di Tuaran sahaja, seramai 3,102 ahli AIM mendapat pembiayaan pinjaman daripada AIM ,” jelasnya.

Beliau berharap AIM terus membantu membiayai perniagaan kepada usahawan di Sabah agar mereka dapat menjana pendapatan dan seterusnya meningkat kekuatan ekonomi negara.

Hajiji percaya dengan peruntukan RM10 juta untuk AIM yang diumumkan Perdana Menteri, ia telah dapat membantu melancarkan pelaksanaan program yang dirangka agensi itu dalam membantu Sahabat Usahawan di negara ini.

“Oleh itu, saya meminta peniaga untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ditawarkan kerajaan untuk membangunkan perniagaan mereka.”

Hot this week

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Topics

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Lelaki kini boleh belajar menjahit: Lasimbang

Jannie Lasimbang bersama peserta Program 'Sew and Save' baru...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img