Friday, July 25, 2025

Lapan pemancing selamat selepas hanyut 34 Jam

Lapan pemancing yang diselamatkan APMM selepas bot mereka mengalami kerosakan enjin.

Oleh Nilam Raon

TAWAU: Lapan lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing di perairan Inderasabah pada Ahad ditemukan selamat selepas hanyut selama 34 jam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata, semua pemancing dijumpai oleh pasukan Carilamat di lokasi 7.6 batu nautika barat laut Pulau Sipadan, Semporna pada jam 5.35 petang pada Isnin.

Menurutnya, tujuh mangsa warga tempatan dan seorang warga asing berumur dalam lingkungan 31 hingga 53 tahun itu dipercayai keluar memancing pada jam 7.19 pagi Ahad. Mereka gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing selepas itu.

“Susulan itu kita bertindak mengaktifkan operasi Carilamat pada jam 10.15 pagi bagi mengesan bot dan semua pemancing yang gagal dihubungi. Maklumat ini turut disalurkan kepada agensi keselamatan pihak Indonesia,” katanya di sini.

Amiludin berkata, sebanyak empat aset diaturgerak pada hari pertama Ops Carilamat membabitkan 50 anggota dengan keluasan kawasan pencarian sehingga 10 batu nautika persegi.

“Pasukan operasi kemudian mendapat makluman panggilan daripada salah seorang mangsa hilang yang memerlukan bantuan berkaitan bot dinaiki mengalami kerosakan enjin dan dihanyutkan,” tambahnya.

Selepas mendapat maklumat berkenaan, pasukan operasi Carilamat terus ke lokasi dan membawa semua mangsa ke Pos Maritim Inderasabah sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Hot this week

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Topics

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img