Home Berita 1,000 pelajar Tuaran sertai ceramah motivasi

1,000 pelajar Tuaran sertai ceramah motivasi

ADUN Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya merakam gambar kenangan bersama penganjur dan peserta program di Dewan Seri Sulaman. 

Datuk Jasnih Daya menyampaikan sijil kepada peserta Program.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary 

TUARAN: Lebih 1,000 pelajar tingkatan lima dan enam dari 11 sekolah menengah di daerah ini menghadiri Program Ceramah Motivasi Sabah Maju Jaya (SMJ) di Dewan Seri Sulaman, di sini, Selasa.

Program sehari itu anjuran Institut Kerjasama Rakyat dan Kerajaan (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri dan Jabatan Pendidikan Tuaran.

Program itu dipenuhi ceramah motivasi bertajuk ‘Aku Pelajar Hebat’ oleh Norhasdi Hassan dan ‘Hala Tuju Pelajar Selepas Peperiksaan’ disampaikan Yusuf Hasni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya, merasmikan program itu. Turut hadir Pegawai Pendidikan Tuaran, Indang Kasi Sibin dan Pegawai Daerah Tuaran, Hadzlan Jablee.

Pengarah IKRAR Azrul Ibrahim, berkata program itu bertujuan memberi motivasi kepada pelajar tingkatan lima dan enam di Tuaran untuk memilih arah tuju selepas selesai menamatkan pelajaran di peringkat berkenaan.

NO COMMENTS

Exit mobile version