Home Berita PPK Kota Marudu beli hasil tani ahli peladang

PPK Kota Marudu beli hasil tani ahli peladang

Buah pisang dan sarang burung walit daripada pengusaha dibeli oleh PPK di Kota Marudu.

Datuk Dr George Sangkin.

Oleh Hardy Joe

KOTA MARUDU: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu menawarkan untuk membeli hasil tani ahlinya di daerah ini pada setiap Selasa dan Khamis.

Inisiatif ini dibuat bagi memudahkan mereka memasarkan hasil ladang.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Kota Marudu, Datuk Dr George Sangkin, berkata antara hasil tani yang dibeli PPK pada hari berkenaan ialah pisang saba.

“Pembelian pisang saba itu dilakukan di premis PPK Kota Marudu pada setiap Selasa dan Khamis.

“Bagaimanapun, pengusaha yang ingin memasarkan pisang di luar jadual pembelian, masih boleh berbuat demikian,” kata bekas Ahli Parlimen Kota Marudu ini dalam kenyataan pada Rabu.

PPK katanya, masih boleh membeli pisang itu dari Isnin hingga Jumaat.

Dr George berkata, urus niaga pembelian sarang burung walit juga dilakukan PPK Kota Marudu bersama Naluri Perfect Bird Nest setiap Selasa.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada ahli PPK Kota Marudu atas sokongan dan kehadiran menjual hasil tani seperti pisang.

NO COMMENTS

Exit mobile version