Sunday, July 13, 2025

6 keluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran

Kebakaran memusnahkan enam buah rumah di Tawau.

Oleh Nilam Raon

TAWAU: Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Damai, Jalan Damai, di sini awal pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 2.34 pagi tadi.

 Menurutnya, seramai 19 anggota dan pegawai bersama empat jentera termasuk EMRS digerakkkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

“Kejadian kebakaran itu membabitkan enam buah rumah jenis separuh kekal yang membabitkan keluasan 20×30 kaki musnah terbakar,” katanya di sini.

Pasukan bomba terus menjalankan operasi memadam menggunakan dua pancutan daripada sumber air tangki jentera bomba bagi mengelak kebakaran merebak ke kawasan lain.

“Setakat ini, kebakaran hanya melibatkan kehilangan harta benda sahaja dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.

“Pasukan operasi menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 4 pagi,” katanya lagi.

Operasi itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Ends 

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img