Monday, July 14, 2025

6 pertubuhan kebajikan Beluran terima sumbangan

Toh Puan Norlida diiringi Datin Juliah menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada wakil pertubuhan kebajikan di Beluran.

BELURAN: Enam pertubuhan kebajikan di Beluran menerima sumbangan RM5,000 daripada Isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Norlidah R.M. Jasni sempena lawatan ke institusi kebajikan sempena Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Beluran.

Pertubuhan itu ialah Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Warga Emas Labuk & Sugut (PAWE), Pasukan Kebajikan Kanak-kanak (PKKK), Pasukan Pelindung Kanak-kanak (PPKK), Pertubuhan Sukarelawan & Kebajikan (SJKM) dan Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak (PMKK).

Norlidah diiringi oleh Isteri Ketua Menteri, Datin Juliah Salag dan Isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Datin Dr Hajah Nuinda Alias yang juga Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah.

Norlidah dan Juliah turut menyampaikan saguhati dan sumbangan kepada seramai 70 orang kanak-kanak di majlis itu.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Samad Jamri, Ahli Dewan Undangan Negeri Telupid, Jonnybone J Kurum, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Sr.Lee Chun Khiong, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri, Jais Asri dan Pegawai Daerah Beluran Roger Appolonius.

Terdahulu Norlidah dan Juliah mengadakan ziarah amal ke rumah-rumah orang kelainan upaya (OKU) di Taman Sungai Labuk dan menyantuni kanak-kanak istimewa di Kelas Program Pendidikan Khas Integerasi, Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran. 

Menyertai rombongan Juliah ialah Naib Yang Di-Pertua I MUTIARA GRS, Datin Cecilia Edwin Kitingan, Naib Linda Ewin, Setiausaha Kehormat, Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi dan Pengerusi Biro Rumah MUTIARA GRS, Datin Noriah Pg Ahmad.

Sementara itu, Juliah yang juga Yang Di-Pertua MUTIARA GRS menghadiri Malam Mesra “Kelibatnya Anggun Kelihatan” di Amadeus Sabah Hotel pada Rabu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada MUTIARA GRS sebanyak RM1,000 masing-masing kepada Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan dan Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan.

Manakala Tabung Kasih PUSPANITA Negeri Sabah memberi sumbangan RM500 kepada Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan dan Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan.

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img