Tuesday, July 1, 2025

‘Ikan duyung’ dilihat ‘berenang’ di Tolungan Riverside

‘Ikan Duyung’ dilihat berenang di Tolungan Riverside Notorus Penampang.

Penyanyi Felix Agus juga pernah berkunjung di Tolungan Riverside.

Oleh PG

PENAMPANG: Sungai Tolungan yang menjadi sebahagian daripada Sungai Moyog dan terletak kira-kira 20km dari bandar Donggongon, kini ada ‘ikan duyung’ yang akan ‘berenang’ dalam sungai yang jernih berbatu dan berpasir itu di sini.

Pengerusi Persatuan Tolungan Riverside Notorus, Kirih Gary berkata dengan hanya membayar RM5, pengunjung yang mahu menjadi ‘ikan duyung’ boleh menyewa kostum ekor ikan duyung dan berenang dalam sungai itu sehingga mereka puas hati.

“Kami menyediakan lima pakaian renang ekor ikan duyung sebagai permulaan. Pengunjung boleh memakainya dan berenang dalam sungai itu tanpa perlu bimbang kerana kami ada krew yang akan menjaga keselamatan mereka.

“Memang sukar berenang ketika mengenakan kostum itu tetapi sebelum menyewa, krew kami akan mengajar cara menggunakannya dan mereka juga sentiasa memantau bagi memastikan keselamatan mereka terjaga,” katanya.

Tidak lama dulu, viral di media sosial mengenai pemandangan beberapa ‘gadis berpakaian seperti ikan duyung’ sedang berenang di sungai itu. Ia kini menjadi tarikan terbaru Tolungan sejak Mac lalu.

Kirih memberitahu kostum itu disediakan pada hujung minggu namun jika ada yang berminat mencubanya pada hari biasa, pelawat perlulah menempah terlebih dahulu.

Mengenai sambutan, Kirih berpuas hati destinasi air yang disediakan di Notorus itu semakin terkenal dan sejak berada dalam naungan Persatuan Pelancongan Penampang (PTA), mereka semakin serius untuk mengubahnya sebagai destinasi mesti lawat yang selamat.

Menurut Kirih, selain memastikan pengusaha menjaga kebersihan sungai, Tolungan Riverside juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar yang menganggur. 

Tolungan Riverside katanya, mengutamakan keselamatan dengan menyediakan jaket keselamatan, menyediakan papan tanda dan menambah baik kemudahan mengikut keperluan.

“Tolungan sudah terkenal di kalangan pengunjung tempatan dan kami harap kostum ikan duyung itu akan menjadi tarikan kepada pelawat asing untuk datang di sini,” katanya menambah Persatuan Tolungon Riverside mempunyai 22 ahli.

Tolungan Riverside dibina pada Jun tahun lalu dan walaupun ia sudah boleh digunakan, ia belum lagi siap sepenuhnya kerana masih banyak kemudahan yang perlu dibina. Duit yang mereka dapat daripada pengunjung dipusing semula untuk membeli material buat penambah baikan.

Sungai Tolungan Notorus mempunyai sejarah tersendiri di mana di sinilah sistem tagal pertama ditubuhkan di Sabah mahu pun Malaysia. Sistem tagal ditubuhkan pada 1994 di sini berserta dengan batu sumpah tagal yang ditanam di sini.

Bermula dengan Sungai Tolungan, sistem tagal kini sudah diperluaskan ke seluruh negeri dengan konsep menagal atau mencegah penangkapan ikan sungai sesuka hati pada bila-bila masa.

Sistem tagal akan memberi peluang kepada hidupan marin sungai membiak dan membesar sehinggalah cukup masa menuai hasil yang diadakan secara gotong royong bersama penduduk kampung yang terbabit dalam sistem ini.

Hot this week

The Ambalat Agreement and Its Benefits for Sabah

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Assemblyman CONTRARY to Daniel John...

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...

Topics

The Ambalat Agreement and Its Benefits for Sabah

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Assemblyman CONTRARY to Daniel John...

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...

Six more Sabah politicians implicated in corruption

KOTA KINABALU : - Six more politicians in Sabah...

Judicial review – Peter Anthony’s fate will be known on July 9

KOTA KINABALU : - The fate of former Sabah...

MCA Libaran Urges PM to Review New SST Implementation

Chin...list of taxable goods to over 4,000 items would...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img