Saturday, July 26, 2025

Lembaga Padi Sabah akan diwujudkan semula

PADI yang ditanam di Sabah tidak mencukupi untuk keperluan semua.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri (MAFFI) kini dalam proses mewujudkan semula Lembaga Padi Sabah bagi membangunkan industri padi dan beras di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, langkah itu dijangka dapat meningkatkan paras tahap Sara diri (SSL) beras Sabah kepada 60 peratus menjelang 2030.

“Ketika ini, SSL beras Sabah berada pada paras 22 peratus manakala 78 peratus keperluan beras di negeri ini ditampung melalui beras import daripada negara seperti China, Vietnam, Thailand dan Pakistan.

“Kita berharap dengan pewujudan semula Lembaga Padi Sabah ini akan dapat meningkatkan paras tahap SSL beras negeri, sekali gus dapat mengurangkan beras import,” katanya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Sabah di Wisma Pertanian di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Dalam ucapan sama Hajiji berkata peladang, penternak dan nelayan adalah golongan penting dalam menyumbang pembangunan ekonomi negara.

Katanya golongan ini harus peka dan bersedia menerima serta membuat perubahan dalam pertanian termasuk pengurusan ladang secara moden.

“Peladang, penternak dan nelayan harus lebih inovatif, meningkatkan kepakaran dan berusaha dengan lebih gigih merebut peluang pelaburan dalam sektor pertanian yang kian berkembang.

“Untuk mencapai hasrat ini, kita harus terbuka kepada idea dan maklumat baharu serta mutakhir seterusnya menyesuaikan mengikut keadaan dan masa, jadilah peladang, penternak dan nelayan yang serba tahu,” katanya.

Hot this week

Sabah and Sarawak also paying for Malaysia’s multibillion-ringgit debt spent in the Peninsula: A Federal Injustice

By Ir. Joseph LakaiMiri, Sarawak Sabah and Sarawak are among...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Topics

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img