Monday, July 14, 2025

MP Sandakan sumbang bangku kepada HDOK

Vivian (tengah) merakam gambar bersama kakitangan hospital yang menerima bantuan bangku kayu panjang.

MP Sandakan sumbang bangku kepada HDOK

SANDAKAN:  Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee memberi sumbangan lima bangku kayu yang panjang untuk kegunaan orang ramai dan pesakit di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan baru-baru ini.

Sumbangan itu diberi melalui dana ahli parlimen bertujuan menambah bangku untuk kemudahan orang ramai di sana.

Bangku diserahkan kepada Pengarah HDOK, Dr Fahmie Othman untuk menggantikan bangku using dan yang rosak.

Banyak bangku di klinik pakar di Tingkat 3 hospital itu telah rosak dan perlu diganti dengan segera.

Sebelum diganti, wakil Vivian melihat sendiri keadaan itu dan menempah tukang untuk membuat bangku kayu mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh hospital.

“Kami harap kemudahan itu akan dapat menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk pengunjung dan pesakit yang datang ke hospital itu,” katanya.

Pejabat Parlimen Sandakan jelasnya sentiasa berhubung dengan pihak hospital dan akan menambahbaik kemudahan melalui peruntukan dananya untuk keperluan yang paling asas dan mengemas kini peralatan hospital seperti penghawa dingin, kipas dan peralatan perubatan.

Vivian menambah, beliau akan terus menyuarakan kepada kerajaan pelaksanaan awal pelan menaiktaraf HDOK agar penduduk Sandakan boleh mendapat perkhidmatan serta rawatan terbaik.

Hot this week

PBS, STAR should rioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Topics

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img