Saturday, July 26, 2025

APMM tahan 8 PTI di Pulau Sebatik

LAPAN PTI ditahan APMM dalam satu operasi.

Oleh Nilam Raon

TAWAU: Seramai lapan pendatang asing tanpa izin (PTI) berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pulau Sebatik lewat petang Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, aset bot peronda APMM yang sedang menjalankan Ops Pluto Timur, Ops Sejahtera dan Ops Tiris di sektor operasi telah mengesan dua bot jenis jongkong.

Menurutnya, bot jongkong itu dipercayai sedang menjalankan aktiviti menuai rumpai laut di kawasan perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua bot berkenaan masing-masing dikendalikan oleh seorang juragan bersama tiga pekerja lelaki berusia di antara 18 hingga 41 tahun dan dipercayai warga Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Shahrizan berkata, kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Kedua-dua bot jongkong, enjin bot, barangan peribadi disita dengan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai lebih RM50,000,” katanya lagi.

Katanya, APMM akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

APMM turut menggesa kepada orang ramai khususnya komuniti maritim untuk turut sama membantu agensi ini dengan memaklumkan sebarang salah laku jenayah di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 atau talian kecemasan MERS 999.

Hot this week

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Topics

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img