Saturday, July 19, 2025

Karnival Keusahawanan Tawau pada 12-13 Ogos

Shazlinah (tengah) ketika sidang media.

Oleh Nilam Raon

TAWAU (Selasa 1 Ogos): Golongan belia, wanita dan pencari kerja mesti berusaha mendapatkan pekerjaan atau memulakan perniagaan dalam peluang yang ditawarkan di Karnival Keusahawanan Dan Kerjaya Zon Pantai Timur 2023.

Karnival anjuran Exco Wanita Biro Keusahawanan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dengan kerjasama agensi kerajaan julung kali diadakan pada 12 dan 13 Ogos ini di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Pengerusi Penganjur Karnival berkenaan, Shazlinah Lai Wun Fong berkata, karnival itu menawarkan peluang pekerjaan dan juga maklumat kepada mereka yang mahu menjadi usahawan.

“Kita akan ada sesi temuduga oleh syarikat berkaitan dan menyalurkan maklumat mengenai bantuan geran, dana, yang boleh dipohon usahawan,” katanya ketika sidang media di sini.

Beliau berkata, sebanyak 20 agensi dijangka serta dalam karnival antaranya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Jumlah sasaran pengunjung ialah sehingga 6,000 orang.

“Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang karnival ini antaranya permainan bertemakan ‘Malam Kemasyarakatan’, persembahan tarian kebudayaan, cabutan bertuah, pertandingan Mobile Legend, pertandingan fesyen kanak-kanak dan konsert,” katanya lagi.

Jelasnya, karnival yang bermula dari jam 8 pagi sehingga 11 malam itu dijangka bakal dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Shazlinah berkata, pemilihan lokasi di kawasan pantai timur Sabah ini bagi memastikan tidak ada lagi masyarakat yang tercicir daripada mendapatkan maklumat khususnya berkaitan keusahawanan.

Hot this week

Joniston: Going solo a political tactic against the aspirations of the Sabah people.

Joniston officiates the symbolic launch of Papawantai Taasok, a...

Ulu Padas Hydroelectricproject proceeding smoothly

Nizam...Barring any unforseen circumstances, it will be completed as...

Kg Sinulihan-Dambai road needs upgrading – KDM

KOTA KINABALU : - The upgrading of the Kampung...

New home brings relief to OKU. couple in Kiulu

Joniston handing over SMJ house key to Hendary. Also...

Support for the proposed Chief Minister term limit reform in Sabah

Datuk James Ligunjang...The proposal to limit the Chief Minister’s...

Topics

KDM’s Voo ready to face Datuk Ruben in Kemabong

Willie presenting appointment letter as KDM coordinator for Kemabong...

Sampah di Jalan Sungai Batang tidak dikutip hampir satu bulan

SANDAKAN : - Penduduk di Jalan Sungai Batang ,...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img