ACP Abdul Fuad Abdul Malek
SANDAKAN (Khamis Ogos 3): Dua beradik dipercayai lemas ketika mereka mandi di sebuah kolam terbiar di Kampung Bambu Batu 7, Sandakan pada Rabu.
Ketua Polis Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, mereka menerima panggilan pada jam 11.18 pagi yang memberitahu ada dua orang dipercayai lemas di kolam terbiar Kg. Batu Putih Jalan Sungai Kayu di sini.
“Siasatan awal polis mendapati pada jam 10 pagi, kedua dua mangsa bersama empat lagi ahli keluarga mereka mandi di kolam berkenaan.
“Ketika mandi mangsa mengalami kesukaran untuk berenang. Mereka berjaya ditarik naik ke darat oleh orang kampung yang datang memberi bantuan. Mangsa dibawa ke HDOK dengan Ambulans,” katanya.
Mangsa dirawat di Unit Kecemasan HDOK. Namun, pada jam 12.40 tengahari kedua dua mangsa disahkan meninggal dunia.
Mangsa dikenali sebagai Amira binti Rolan, 19 tahun dan adiknya Muhamad Awira (10).
Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.