Wednesday, July 23, 2025

Kebakaran punca 15 keluarga hilang tempat tinggal

Bomba cuba memadam kebakaran di Tawau.

Rumah kongsi antara yang musnah dalam kejadian kebakaran itu.

Oleh Nilam Raon

TAWAU (Khamis 3 Ogos): Seramai 15 keluarga hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka di Kampung Tanjung Batu Tengah di sini, musnah dalam kebakaran.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau mengesahkan sebanyak empat buah rumah musnah dengan dua daripadanya rumah kongsi dalam kejadian pada jam 8.13 pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai selepas menerima maklumat awam.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian api sudah memusnahkan rumah terlibat dan pihaknya terus melakukan operasi memadam menggunakan satu aliran 400 kaki empat pancutan sumber air terbuka. 

“Ada empat rumah musnah dalam kejadian ini iaitu rumah pertama jenis separuh kekal dua tingkat manakala rumah kedua jenis tidak kekal,” katanya ketika ditemui media.

Jemishin berkata, rumah ketiga dan keempat membabitkan masing-masing rumah kongsi lapan pintu dua tingkat jenis separuh kekal dan rumah kongsi empat pintu dua tingkat juga jenis separuh kekal.

“Kesemua rumah musnah dengan kebakaran dapat dikawal pada jam 10.09 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 11.24 pagi,” katanya lagi.

Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian manakala jumlah dan punca siasatan masih dalam siasatan.

Hot this week

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Topics

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img