Tuesday, June 24, 2025

Laluan udara, feri Tawau-Tarakan dibuka semula 

Heni (kiri) merasmikan Program Jom Sihat Bersama KRI Tawau di Monumen Jawi di sini.

Oleh Nilam Raon

TAWAU (Sabtu 5 Ogos): Kerajaan Indonesia kini dalam usaha untuk mengembalikan semula perkhidmatan udara dan laut membabitkan penerbangan dan feri bagi laluan Tawau-Tarakan.

Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau, Heni Hamidah berkata, Kerajaan Indonesia menjangkakan inisiatif ini akan menjadi kenyataan sebelum akhir tahun ini.

Pada masa ini katanya, persiapan akhir sedang dilakukan terutama yang membabitkan sistem undang-undang bagi pihak imigresen dan kastam antara kedua-dua negara.

“Saya sudah berhubung dengan pihak berkaitan di Indonesia khususnya Ketua Pejabat Kota Tarakan dan mereka sedang melakukan persiapan untuk mengembalikan semula perkhidmatan udara dan laut Tawau- Tarakan,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui di majlis Program Jom Sihat Bersama KRI Tawau di Monumen Jawi Tawau di sini Sabtu.

Katanya, perkhidmatan udara dan feri bagi laluan Tawau-Tarakan yang menjadi pilihan utama bagi warga Indonesia dan tempatan Malaysia sebelum ini dihentikan kerana pandemik Covid-19 melanda.

“Kedua-dua perkhidmatan pengangkutan ini penting untuk perhubungan antara Tawau dan Tarakan bagi memudahkan kedua-dua warga Indonesia dan Malaysia keluar masuk secara dengan mudahh.

“Kedua-dua perkhidmatan ini sangat penting untuk mengembangkan kerjasama ekonomi yang membawa manfaat s kepada kedua-dua negara jiran dan masyarakatnya secara keseluruhan,” ujarnya.

Mengulas mengenai program berkenaan, Heni berkata ia antara aktiviti yang dirancang KRI Tawau sempena sambutan Hari Kebangaaan Republik Indonesia pada 17 Ogos ini.

“Kita menjemput seluruh warga Indonesia yang berada di kawasan pantai timur Sabah ini dan juga warga tempatan untuk sama-sama memeriahkan program dirancang sekaligus mengukuhkan ikatan silaturahim dan meningkatkan keharmonian,” katanya lagi.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img