Thursday, June 26, 2025

IPGKT harumkan Malaysia raih 5 anugerah WSEEC

Peserta IPGKT berjaya mengharumkan nama negara dalam pertandingan WSEEC.

Oleh Nilam Raon

TAWAU (Isnin 7 Ogos): Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT) berjaya menjulang nama negara apabila membolot lima anugerah dalam pertandingan World Science, Environment and Engineering Competition (WSEEC).

Ketua Delegasi IPGKT, Dr Jamilah Ahmad berkata pihaknya menghantar dua penyertaan daripada pasukan pensyarah dan pelajar untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan yang berlangsung di Universiti Pancasila, Jakarta Indonesia baru-baru ini.

Menurutnya, pasukan pensyarah telah menyertai pertandingan inovasi bertajuk ELAMO: Energy Literacy Module iaitu sebuah inovasi pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEM).

“Penyertaan itu berjaya menerima Anugerah Emas bagi kategori Universiti, Anugerah Pembentangan Terbaik dan Anugerah Khas oleh Indonesia Young Scientist Association,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jamilah berkata, pasukan pelajar pula mempertaruhkan inovasi Charcolish 3.0. iaitu inovasi penghasilan penggilap kasut hitam daripada sisa arang dan berjaya menerima Anugerah Emas bagi kategori Universiti dan Anugerah Khas daripada Bach Khoa Math dan Science Club.

Jelasnya, sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Tenaga dan Kejuruteraan, Sains Sosial, Teknologi, Alam Sekitar dan Sains Hayat. Seramai 359 orang daripada 22 buah negara menyertai pertandingan.

Dalam pertandingan itu barian pasukan pensyarah yang menang ialah Yusmail Jusup, Dr Jamilah Ahmad, Almasiah Hassan, Dr Rosnah @ Kamalam Abdul Razak dan Dr Rosnah Jamba.

Manakala pasukan pelajar yang berjaya pula ialah, Muhammad Aidil Roslan, Siti Nurfarah Nadiah Aznor, Merolesa Mahin dan Nur Ameera Fitri Zain di bawah bimbingan pensyarah, Richeal Phil Thien Kim How.

Hot this week

ADUN Elopura beri maklumat kepada SPRM tentang isu salahguna kuasa rumah SMJ

SANDAKAN : - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.55...

PBS will stick with GRS in the coming PRN17

Dr Joachim Gunsalam...majority of the party supreme council members...

Rasuah mineral Sabah: Dua ADUN dan ahli perniagaan akan didakwa 30 Jun

Azam Baki...keputusan untuk mendakwa ketiga-tiga individu itu dibuat selepas...

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Topics

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img