Peserta mengambil bahagian pada kejohanan olahraga memberikan tabik hormat ketika perbarisan.

Oleh Hardy Joe
Foto Mohd Syukrie Johary
KOTA BELUD (Selasa 8 Ogos): Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi Dua muncul juara keseluruhan peringkat sekolah menengah Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah (MSSD) Kota Belud Ke-54 2023 di Kompleks Sukan Botung di sini, kelmarin.
Peringkat sekolah rendah pula dimenangi keseluruhan Zon Timur.
Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis merasmikan kejohanan membabitkan 10 pasukan dengan beberapa acara olahraga diadakan itu.
Beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur kejohanan itu termasuk guru dan pengetua yang begitu memberi sokongan kepada anak didik mereka dalam kejohanan berkenaan.
“Tidak lupa kepada ibu bapa hadir memberi sokongan kepada anak mereka yang mengambil bahagian pada acara sukan berkenaan,” katanya ketika berucap melancarkan kejohanan yang meriah itu.
Isnaraissah Munirah berharap penganjuran kejohanan itu mampu melahirkan ramai atlet dari daerah ini untuk bertanding di peringkat lebih tinggi.
“Pada minggu sebelum, saya menyempurnakan penutupan Kejohanan Olahraga MSS Zon Timur Kali Ke-48 2023 di tempat sama.
“Sekolah Kebangsaan (SK) Tarintidon Kota Belud adalah tuan rumah kejohanan itu kali ini,” katanya.
SK Tempasuk Dua menjuarai keseluruhan kejohanan itu.