Home Berita Orang Asal Borneo buat komitmen perkasa kesamaan identiti: HOAS

Orang Asal Borneo buat komitmen perkasa kesamaan identiti: HOAS

Dr Jeffrey memberi kain rentang ‘roadtoUNESCO ‘ kepada Shalmon.

Sebahagian daripada orang asal hadir sambutan HOAS pada Rabu
Presiden MHEANS, Dr Benedict Topin membuka kertas pada batu simbolik sambutan HOAS 2023 Sabah.
Ratu Cantik dari Kalimantan mengenakan busana tradisi mereka.

Foto oleh Chester Sinidol

PENAMPANG (Rabu 9 Ogos): Sambutan Hari Orang Asal Sedunia (HOAS) 2023 berakhir dengan wakil etnik dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan Indonesia membuat komitmen untuk mencari persamaan identiti bagi memperkasakan orang asli se-Borneo.

Untuk menjadi kuat supaya tidak selamanya dibuli, mereka sepakat bahawa sudah tiba masanya bergerak ke hadapan dengan mewujudkan mekanisme cara mencari identiti yang sama untuk menyatukan empat wilayah dalam kepulauan Borneo.

Bertemakan ‘Mencari Identiti Yang Sama’ hak tanah adalah topik yang dilihat sebagai satu alat yang mampu menyatukan orang asal Borneo.

Hak tanah tidak boleh dipisahkan daripada jati diri orang asal Sabah dan Borneo.

Mereka juga berkata mengenai pentingnya memulihara pakaian tradisonal, bahasa dan adat resam masing-masing.

Dalam satu segmen, seorang pereka fesyen dari Kalimantan membawa 11 model yang memperagakan 20 rekaan ‘tenun ikat sintang’ yang dihasilkan tangan.

Keunikan fesyen itu menarik perhatian kerana walaupun berciri tradisional ia diinovasi untuk diguna seharian dalam rumah atau di pejabat. Ia menerima fesyen moden tanpa melupakan yang lama.

Seramai 200 hadir sambutan itu yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang selama dua hari (8-9 Ogos). Ia adalah anjuran oleh Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), KDCA, Institut Kajian Orang Asal Borneo (BoRIIS), LKNS dan Borneo Heritage Foundation (BDF).

Antara pertubuhan yang hadir ialah Persatuan Pengamal Adat Tradisional Sabah, Dayak National Congress (Sarawak), Dewan Adat Dayak Kabupaten Nunukan (Indonesia) dan Persatuan Bobolian Sabah.

Sambutan juga memberi peluang kepada para belia untuk menyuarakan kebimbangan dan harapan mereka kepada masa depan anak-anak orang asal Borneo. 

Pemenang Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2023 Carol Abbey Gail hadir untuk mengingkatkan betapa kurangnya generasi muda sekarang yang tahu ‘siung’ iaitu penutup kelapa wanita kaum Kadazan di Papar.

“Saya mengenakan pakaian tradisi Papar ketika bertanding UNK. Ia adalah busana yang perlu dilengkapi dengan ‘siung’. Malangnya pakar membuat siung yang terakhir di Papar sudah meninggal dunia,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan ketika bercakap kepada media selepas merasmikan sambutan itu, menegaskan bahawa untuk mencapai matlamat dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan politik di kalangan orang asal Borneo ia tidak mungkin dapat dicapai sehinggga 100 peratus.

“Tahap peratusan pemerkasaan orang asal dengan misi dan aspirasi yang sama, di mana halatuju cuma berlaku jika ada kesaksamaan identiti. Menubuhkan mekanisme. 

PBB sudah menurunkan mekanisme dan negara-negara yang ada orang asal sudah menerimanya.

“Contohnya mekanisme mesti diwujud cara untuk menuntut hak dari segi peranan dalam kerajaan, politik, menuntut hak tanah adat dan sebagainya,” katanya.

Terpulang kepada etnik yang ada untuk menyusun oganisasinya. HOAS adalah satu alat untuk mereka berkumpul sebagai etnik yang berbeza tetapi mempunyai persamaan. Bersatu seperti ni adalah langkah pertama untuk mencari kesaksamaan identiti.

“Sambutan hari ini adalah satu pergabungan untuk ‘mengikat’ etnik Borneo, orang Dayak untuk maju ke depan. Ini adalah permulaan iaitu mekanisme bagaimana kita berkomunikasi di antara satu dengan yang lain.”

Penceramah lain juga menyentuh mengenai pembudayaan adat dan cara hidup orang asal yang harus dipertahankan dan diturunkan kepada generasi baru. 

Empat wilayah dalam Borneo iaitu sabah, Sarawak, Kalimantan dan Brunei mahu mencari ‘identiti yang sama’ atau ‘common identity’ orang asal di Borneo dengan menumpu kepada identiti dayak.

NO COMMENTS

Exit mobile version