Home Berita Persatuan Lotud USLA diaktif semula 

Persatuan Lotud USLA diaktif semula 

Raymond Tombung (tiga kanan) menerima sijil pendaftaran USLA dari pegawai ROS Sabah.

Oleh Hardy Joe

Foto Ihsan USLA

TUARAN (Rabu 9 Ogos): Persatuan Lotud Sabah Bersatu (USLA) yang dibatalkan pada 1988, diluluskan semula pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) Sabah.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kini diketuai Presiden baharu, Raymond Tombung. Ia dihidupkan semula hasil usaha beberapa pemimpin Lotud.

“Kami sedar nama USLA yang berwibawa itu sewajarnya menjadi wadah yang berkesan bagi etnik Lotud untuk bekerjasama dalam pembangunan komuniti.

“Justeru, kami mengambil peluang menghidupkan semula pertubuhan yang sudah dibatal pendaftaran itu kebaikan etnik Lotud menyuarakan pelbagai isu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ketika ini, etnik Lotud mempunyai Persatuan Suang Lotud Sabah (LOTUD) sebagai wadah menyuarakan hasrat dan perkara berkaitan suku kaum pimpinan Datuk Freddie Sua.

Raymond berkata, selepas menerima sijil pendaftaran dari ROS, USLA berhasrat menjadi lebih aktif dalam melancarkan misi dan visinya untuk mencapai tujuan penubuhannya.

Sehubungan itu, beliau mengajak etnik Lotud berusia 18 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai ahli USLA.

Katanya, dengan keahlian yang besar, USLA dapat menyuarakan kehendak Lotud dengan suara bersatu yang berkesan.

“Hanya dengan bersatu padu, Lotud boleh mencapai sesuatu yang positif dan mengatasi kelemahan,” katanya.

USLA diterajui Raymond Tombung (Presiden); Richard Libun Adou (Timbalan Presiden); Bamuel Stephen Bioh (Naib Presiden); Ewon Raman Nasip (Setiausaha) dan Ompipil Asal (Bendahari).

Ahli Jawatankuasa terdiri Bibiana Uril Orow, Helena Baneh Johari, Ansayoh P Ogos dan Margaret Runtih Banawa.

NO COMMENTS

Exit mobile version